Cantik Orangnya! Kepulangan Wan Aishah, Generasi Ke-7 Mahsuri Ke Langkawi Jadi Bualan Netizen

GAYA HIDUP
August 04, 2022 - 01:11 PM


Kepulangan semula keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Wan Nawawi, 37, bersama keluarganya ke Pulau Langkawi menjadi bualan netizen.

Serba sedikit tentang kisah ini, Mahsuri ialah anak kedua daripada pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang yang berkahwin sekitar 1798. 

Pada usia 17 tahun, Mahsuri dipinang panglima perang, Wan Yahya dan pasangan itu kemudian berkahwin. Mahsuri dan Wan Yahya dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Wan Muhammad Idrus dan mempunyai banyak nama dalam versi lain seperti Wan Derus serta Mat Derus.

Pada 1830, Wan Yahya dikatakan menyertai pasukan peperangan di Kedah yang diketuai Tunku Kudin. Disebabkan terlalu lama ditinggalkan suami, Mahsuri meminta izin bapa mentuanya untuk pulang ke kampung halamannya di Kampung Mawar buat sementara waktu.

Fitnah ke atas Mahsuri dikatakan bermula daripada acara hiburan oleh seorang penglipur lara yang dikenali sebagai Deramang yang dihadiri Mahsuri di kampung berkenaan. Mahsuri dikatakan mempunyai pantunnya sendiri menyebabkan ada yang cemburu sehingga timbulnya fitnah.

Beliau berkata, disebabkan fitnah itu, Mahsuri dilaporkan kepada pihak berkuasa dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Wan Yahya.

 Wan Aishah bersama suaminya, Alee Tongyon, 39, dan anak lelaki datang bercuti  selama dua hari disambut mesra oleh warga Langkawi.

Beberapa video dan percutian mereka dimuat naik oleh pengguna media sosial dan Wan Aishah sendiri sebelum tular.

Satu video TikTok berdurasi 23 saat dikongsikan pemilik Restoran Bamboo Chenang, Mior Johan Johari, 32, yang juga dikunjungi oleh Wan Aishah.

@miorjohan Ramai Yg tertanya pasal mahsuri..ini ialah #aisyah keturunan #mahsuri yg ke7..mahsuri telah sumpah bumi #langkawi sehingga keturunan ke7..tq dtng lngkawi xpernah xsinggah #mahsurisumpahtujuhketurunan😭💪💦🤲🌾🦅 ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน - AnAn (อันอัน)

10 Info Menarik Tentang Wan Aishah

1. Wan Aishah Wan Nawawi atau nama Thailand, Sirintra Yayee atau Nong May dipercayai sebagai keturunan ketujuh Mahsuri.

2. Wan Aishah ialah anak kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.

3. Tidak hanya bapanya, ibu Wan Aishah, Sumaini juga berketurunan Mahsuri.

4. Wan Aishah menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand dan pernah mengunjungi Langkawi pada kali pertama pada tahun 2000 sempena lang tahun ke-10 Lembaga Pembangunan Langkawi.

5. Malah Wan Aishah ditawarkan oleh kerajaan untuk menetap dan belajar di Malaysia ketika itu.

6. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
selama setahun.

7. Wan Aishah kemudian menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

8. Wan Aishah memilih seorang usahawan muda industri pelancongan, Ale Tongyon
sebagai pasangan hidup dan berkahwin pada tahun 2010

9. Majlis resepsi mereka turut berlangsung di Kompleks Kota Mahsuri, Langkawi.

10. Penampilan berhijab, Wan Aishah, 37, kini seorang ibu kepada seorang cahaya mata lelaki.

Sumber & Kredit: remaja.my dan Harian Metro