Cara Elakkan Waktu Sukar Anda Dalam Tempoh PKP Untuk Mereka Yang Mempunyai Bisnes

GAYA HIDUP
May 08, 2020 - 01:01 PM


Sehingga kini angka mereka yang dijangkiti  Covid-19 di seluruh dunia sudah mencecah lebih 2 juta orang. Di Malaysia pula statistik terkini menunjukkan bahawa Covid-19 telah menjangkiti lebih daripada 5,000 orang. Langkah efektif kerajaan Malaysia dengan memulakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan lebih awal nampaknya telah memberi kesan yang cukup positif dalam mengawal dan memutuskan rantaian Pendemik Covid-19 ini daripada terus menular di negara kesayangan kami, Malaysia. 

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa PKP yang dikuat kuasakan pada 18 Mac 2020 yang lalu telah membebankan peniaga-peniaga di Malaysia terutamanya pemilik perniagaan. Bukan hanya peniaga-peniaga yang terjejas akibat Pendamik Covid-19 ini, malah SME dan Industri-Industri besar di seluruh dunia telah terjejas akibat Pendamik Covid-19 ini. 

World Health Organisation / Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam rangka meredakan penularan pendemik Covid-19 ini, telah menyarankan agar anggota negara melaksanakan penjarakan sosial. Bagi mereka yang berniaga, ini telah mengakibatkan kesan yang negatif.

Akan tetapi ada segolongan yang memahami bahwa ini adalah peluang keemasan untuk memulakan perniagaan secara digital kerana ramai rakyat kami akan menghabiskan lebih masa di rumah dan melayari internet.

Ramai yang berpendapat bahawa ia adalah sukar untuk memulakan perniagaan secara digital dalam masa PKP ini. Tetapi sebenarnya peluang untuk memulakan kerjaya anda sebagai seorang ahli perniagaan atau mengekalkan perniagaan anda untuk terus berjalan seperti biasa adalah tidak terhad, terutamanya peluang kewangan untuk memastikan aliran tunai dalam tempoh yang sukar ini.

Kini melalui Kaleklik Malaysia, anda boleh meningkatkan aliran tunai perniagaan anda dengan lebih cepat dan mudah melalui pinjaman yang berkonsepkan pembiayaan invois untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan ataupun secara sederhana. 

Ramai menyatakan bahawa meminjam duit adalah tidak baik untuk kesihatan kewangan. Tapi, ada kalanya pinjaman adalah suatu peluang untuk memberi modal kepada mana-mana perniagaan sama ada untuk memulakan suatu perniagaan atau meningkatkan aliran tunai.

Cuba bayangkan seorang mekanik hendak memulakan perniagaan membaiki kereta. Dia  memerlukan RM100,000 untuk dijadikan modal. Dia mempunyai dua pilihan untuk mendapatkan modal tersebut.

Yang pertama, melalui pinjaman daripada bank. Tahukah anda berapa faedah yang akan dikenakan? Mungkin 10% atau lebih.

Cara kedua pula, adalah meminta pelabur untuk melabur di dalam perniagaannya. Seorang pelabur berjanji untuk membuat pelaburan dan akan meminta dividen.

Malangnya, kedua- dua cara ini adalah amat sukar untuk dilaksanakan dalam tempoh PKP ini.

 

Kini dengan Kaleklik Malaysia anda boleh meningkatkan aliran tunai perniagaan anda dengan lebih cepat dan mudah melalui pinjaman yang berkonsepkan pembiayaan invois. 

Pembiayaan invois (Invoice Financing) adalah kaedah perniagaan seperti meminjam wang berkaitan dengan jumlah yang perlu diterima daripada pelanggan. Pembiayaan invois membantu perniagaan meningkatkan aliran tunai, membayar gaji pekerja dan pembekal, serta melabur semula dalam operasi dan membantu kadar pertumbuhan lebih awal daripada yang mereka perolehi seandainya mereka harus menunggu sehingga pelanggan mereka membayar baki wang mereka sepenuhnya.

Selain itu, pembiayaan invois dapat menyelesaikan masalah aliran tunai.

Sudah faham? 

Hanya 5 langkah mudah sahaja yang perlu anda buat untuk layak menerima pinjaman untuk memulakan perniagaan atau sekurang-kurangnya mengekalkan perniagaan anda supaya terus berjalan seperti biasa dalam tempoh PKP yang sukar ini. 

1. Daftar / Register​

Anda boleh mendaftar dengan mengisi matlumat peribadi dan perniagaan anda di Kaleklik Malaysia. Borang permohonan boleh didapati di laman web Kaleklik Malaysia. 

2. Hantar / Serahkan

Seperti biasa, anda perlu serahkan segala dokumen yang penting untuk membuat sebarang pinjaman. Konsepnya cukup mudah lagi banyak dokumen yang anda serahkan lagi banyak had kredit akan diberi.

3. Penilaian Kredit / Credit Assessment

Pihak Kaleklik akan menilai dan menyemak segala dokumen dan maklumat anda sebelum menhantar permohonan untuk diproses.

4. Permohonan Anda Berjaya

Tahniah permohonan anda diluluskan dan anda akan diberi dokumen perjanjian ditandatangan.

5. Pembayaran / Disbursement

Wang pembiayaan akan dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja di dalam akaun perniagaan anda. 

Mudah sahaja dan ianya tidak memerlukan anda keluar ke mana-mana bank semuanya boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Tempoh Wang pembiayaan ke akaun perniagaan anda adalah singkat dan ini adalah salah satu manfaat yang perlu anda bagi memastikan perniagaan anda terus berjalan dengan lancar. 

Selain itu, Kaleklik Malaysia merupakan salah satu medan dalam talian untuk membantu mereka yang berada di dalam bidang perniagaan mengharungi PKP tanpa sebarang agenda lain (No hidden costs). Anda hanya perlu membayar kembali apa yang ada di dalam pembiayaan invois anda sahaja. Penting sekali ia tidak melibatkan pengurangan cukai anda. Invois yang dikeluarkan juga lebih teratur dan lengkap.

Ianya tidak memerlukan sebarang bayaran secara awal dan ianya terbukti menjadikan salah satu laman web kewangan yang berkesan untuk membantu mereka mengelakkan sebarang masalah di dalam tempoh PKP ini kerana ianya tidak melibatkan sebarang pelaburan dan ianya adalah percuma. Tiada kadar minimum jumlah pinjaman yang dikenakan serta jika anda hendak membatalkan pendaftaran anda bila-bila masa tiada masalah, anda tidak akan dikenakan sebarang kos.

Cara untuk membayar balik pinjaman ini juga lebih senang boleh guna JomPAY. 

 

Satu lagi peluang menarik untuk anda jika membuat sebarang pendaftaran dalam tempoh PKP, anda layak menadapat promosi tanpa sebarang faedah.

Manfaat tambahan yang anda boleh dapat melalui Kaleklik Malaysia:

  • Tiada caj permohonan dikenakan…. FREE je
  • Tempoh yang fleksibel (max 90 hari)
  • Tukar invoice kepada Wang Tunai
  • Pembiyaan lebih daripada 85%  jumlah invoice
  • Tiada cagaran

Jadi yang berminat boleh layari laman web Kaleklik Malaysia untuk memohon pembiayaan invoice ini. Daftar sekarang dan ianya adalah PERCUMA!