Baru Sebulan Dibuka, MR DIY Plus Pecah Rekod Terima Kunjungan 200 Ribu Pelanggan!

GAYA HIDUP
June 30, 2022 - 02:28 PM


Hebat penangan 'bapak' segala MR DIY -- iaitu MR DIY Plus yang baru sahaja dibuka sebulan namun telah menerima kunjungan lebih 200,000 pelanggan!

Terletak di tingkat 3 pusat beli-belah popular negara MidValley MegaMall , Kuala Lumpur -- MR DIY Plus yang dibuka kepada orang ramai sejak 19 Mei lalu muncul sebagai cawangan paling besar di seluruh negara dengan keluasan 30,000 kaki persegi.

Bergelar peruncit perkakas rumah terkemuka di Malaysia, MR DIY tampil dengan konsep rangkaian baharunya MR DIY Plus yang pertama menawarkan lebih 20,000 produk pilihan -- bukan sahaja daripada barangan MR DIY, tetapi juga MR DOLLAR dan MR TOY.

Lebih istimewa di MR DIY Plus pelbagai pembaharuan turut dilakukan bagi memberikan lagi keseronokan dan keselesaan kepada pelanggannya membeli-belah -- antaranya terdapat bahagian Eco-Friendly yang menjual pelbagai barangan berunsur mesra alam serta lebih mesra kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Bukan itu sahaja, malah dekorasi dalamannya juga lebih menarik, santai dan tersusun kemas bagi memudahkan lagi pelanggan melakukan aktiviti membeli-belah di situ.

Justeru tidak hairanlah, meskipun baru dibuka sebulan konsep MR DIY Plus mendapat maklum balas positif daripada pelanggan dan menjadi pilihan kerana ruang yang lebih luas serta banyak produk daripada pelbagai segmen keperluan isi rumah.

MR DIY Plus menawarkan lima kategori utama iaitu -- perkakasan, keperluan dan kelengkapan rumah, elektrik, alat tulis, peralatan sukan dan lain-lain (terdiri daripada mainan, aksesori kereta, barang kemas, kosmetik, barangan makanan dan minuman, serta barangan kesihatan dan penjagaan diri).

MR DIY Plus menyertai barisan jenama kumpulan itu pada Mei 2022, termasuk MR DIY jenama yang dilancarkan pada 2005, diikuti oleh MR TOY pada 2019, MR DOLLAR pada 2020 dan MR DIY Ekspres pada 2021.

Pembukaan MR DIY Plus itu menjadikan jumlah keseluruhan kedainya kini adalah lebih 950 cawangan di seluruh negara.

Malah MR DIY juga merancang untuk membuka 10 lagi cawangan MR DIY Plus di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam tempoh dua tahun lagi.

Walaupun negara berdepan dengan kos sara hidup tinggi serta inflasi, MR DIY melihat segmen peruncitan masih mendapat permintaan yang tinggi dan disebabkan itu mereka kekal dengan harga yang berpatutan demi memastikan keperluan pelanggan dipenuhi.

Pada Khamis (30 Jun 2022) -- MR DIY Plus telah dibuka secara rasmi dalam satu upacara besar-besaran dan bersempena itu pelanggan setia mereka ditawarkan dengan pelbagai aktiviti menarik serta promosi hebat dari 1 hingga 3 Julai ini.

Jadi, jangan lepaskan peluang mengunjungi MR DIY Plus sepanjang 3 hari tersebut! 

Destination: