Sukan Dah Onz Sekarang, Baju & Kasut Korang Muat Lagi Ke? Kalau Tak, Jom Terjah Jualan Gudang Gatti. Murah Terok Wei!

GAYA HIDUP
June 29, 2020 - 04:14 PM


Bila Kerajaan dah umumkan banyak aktiviti melibatkan sukan telah mula dibenarkan semula, mesti ramai yang melompat kegembiraan, kan!

Yela, 3 bulan lebih kot terkurung dalam rumah masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mestilah sekarang ramai yang teruja nak beraksi dan mula amalkan semula gaya hidup sihat di luar.

Tapi sebelum kembali ke trek, gelanggang dan gim, untuk nak menaikkan semula semangat kesukanan korang mesti kena prepare keperluan sukan kasi complete..betul tak?

Bagi yang nak shopping barangan keperluan sukan macam baju, seluar, kasut dan sebagainya -- korang tak perlu nak sediakan bajet yang besar pun! 

Sebab dengan hanya serendah RM10, korang dah boleh borong macam-macam barangan menarik seperti sandal, beg dan pakaian sukan di JUALAN GUDANG GATTI SPORTS FACTORY OUTLET!

Kalau korang nak tahu Gatti ni bukan kedai sukan yang biase-biase tau!

Tapi Gatti Sports Factory Outlet yang terletak Tingkat 1, Quill City Mall, Kuala Lumpur ini merupakan kedai barangan sukan TERBESAR di Malaysia dengan keluasan sehingga 37,000 kaki persegi!

Kira sebesar 30 lot kedai biasa la senang cerita. Giler besar, kan?!

Korang bayangkanlah betapa banyaknya barangan sukan yang dijual di situ dan lebih menarik untuk jualan gudang yang bermula 30 Jun hingga 14 Julai ini -- Gatti juga ada menawarkan diskaun potongan harga bagi jenama-jenama terkenal seperti Birkenstock, Adidas, Yonex, Puma dan macam-macam lagi! 

Semuanya dijamin barangan original lagi. Korang mesti dah tak sabar nak terjah, kan!

Jualan gudang itu akan diadakan setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam.

Korang jangan risau kalau ramai yang serbu nanti sebab satu kedai tu memang luas, tambahan pula Gatti juga melaksanakan SOP yang ketat untuk menjamin keselamatan serta kebersihan para pelanggan ketika membeli-belah di sana.

Selain dapat shopping dengan harga semurah RM10 dan dapat diskaun kaw-kaw barangan berjenama -- korang juga sebenarnya berpeluang untuk dapat satu lagi benda best iaitu baucer berjumlah RM15!

Macam mana nak dapatkan baucer istimewa ni?

Caranya senang je, korang hanya perlu lakukan 3 langkah mudah ini iaitu :-

1) Like Facebook Gatti Malaysia di -- https://www.facebook.com/GattiS.F.O/ 

2) Share post "Jualan Gudang Gatti Sports Factory Outlet" ini di Facebook korang

3) Tag 3 rakan korang di Facebook 

20 pemenang bertuah akan diumumkan pada 7 Julai depan untuk menerima baucer tersebut yang boleh ditebus di Gatti, Quill City Mall.

 

Jadi jangan lupa serbu JUALAN GUDANG GATTI SPORTS FACTORY OUTLET bermula HARI INI (30 Jun) hingga 14 Julai nanti! Rugi kalau terlepas....

Destination: