Selain Daripada Badan Naik Jerawat, Ini Kesan Lain Kalau Anda Suka Pakai Pakaian Sukan Yang Tak Dibasuh





Selain kesuntukan masa ataupun tak nampak kotor, lelaki khususnya gemar mengulang pakai pakaian yang mereka dah pakai untuk bersukan ataupun ke gymnasium.

Walaupun kelihatan bersih dan tidak berbau, sebenarnya mengulang pakai pakaian yang tidak dibasuh terutamanya selepas sesi bersukan ataupun angkat besi di gym boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan.

Menurut seorang professor dari Cornell Univesity, walaupun peluh sesorang itu tidak berbau, tetapi disebabkan pembiakan bakteria kerana peluh berkenaan akan membuatkan baju tersebut mula menghasilkan aroma yang tidak enak.

Secara tidak langsung, aktiviti yang akan dilakukan sedikit sebanyak akan terganggu oleh kerana bauan tersebut dan kesannya juga kepada orang lain yang workout sama di gymnasium nanti.

Selain daripada ancaman bau-bauan yang kurang sedap, struktur kain daripada pakaian yang tidak dicuci akan menjadi agak kasar dan ia boleh menyebabkan kegatalan, ruam dan iritasi pada kulit. Salah satu tanda ialah timbulnya jerawat dan bisul pada badan.

Menurut professor berkenaan, jika anda betul-betul tiada masa ataupun malas, anda boleh merendamkan pakaian menggunakan airpanas dan detergen. Ini seeloknya dibuat selepas tamat aktiviti bersukan anda. Air panas dan detergen dapat membunuh bakteria yang ada pada baju berkenaan.

Tambahnya lagi, elakkan guna pelembut pakaian kerana bakteria sukar untuk hilang.

 

Sumber : Glam Lelaki