Kedai Sukan Dah Buka, Kan? Nak Beli 'Running Shoes' Baru, Ini 5 Tips Yang Kena Tahu Dulu!

GAYA HIDUP
September 01, 2021 - 07:29 PM


Memandangkan sekarang kedai peralatan sukan telah dibenarkan untuk dibuka semula bagi pelanggan yang telah cukup 2 dos vaksin -- mesti ramai antara korang yang mengambil kesempatan ini untuk membeli pelbagai kelengkapan terutama kasut sukan bagi menggantikannya dengan yang dah uzur selepas lama terperap di rumah.

Tetapi sebelum korang memilih kasut sukan atau lebih tepat lagi kasut larian, ini antara tips yang perlu korang selidiki sebelum membuat keputusan.

Jangan disebabkan rambang mata tengok kasut-kasut yang stylo, lagi-lagi dengan diskaun harga kaw-kaw yang dibuat kedai sukan sekarang membuatkan korang salah membeli kasut yang tidak sesuai atau bakal menyakitkan kaki.

Jadi apa kriteria utama yang perlu korang kenalpasti sebelum memilih kasut larian yang paling sesuai?
Jom tengok 5 tips di bawah:-

1) FAHAMI TAPAK KAKI SENDIRI

Perkara utama yang perlu diteliti adalah korang kena faham dengan kondisi tapak kaki sendiri menerusi corak korang berlari, di mana terdapat 3 jenis berbeza iaitu:

- Underpronation pula keadaan bila anda berlari lebih banyak guna bahagian luar tapak kaki.

- Pronation/ Neutral ialah kondisi di mana kaki berlari dari tumit ke hujung kaki.

- Overpronation pula berlaku bila korang melakukan terlalu banyak ‘roll’ pada bahagian dalam kaki semasa berlari.

2) BENTUK TAPAK KAKI

Antara cara mudah untuk tentukan bentuk kaki ialah dengan melakukan ‘wet test’. Basahkan kedua-dua belah kaki dan berdiri di atas beg kertas selama 10 saat.

Kemudian alihkan kaki anda dan lihat kesan tapak kaki pada kertas tersebut.

3) CORAK KETIKA BERJALAN

Selepas mengetahui bentuk tapak kakI, korang boleh gunakan maklumat itu untuk menentukan corak ketika korang berjalan pula.

Menentukan corak berjalan atau melangkah adalah sangat penting untuk memilih kasut larian korang.

Terdapat 4 jenis corak berjalan atau ‘gait’ yang perlu korang ketahui iaitu severe overpronation, mild overpronation, neutral dan underpronation.

Manakala terdapat 2 cara untuk korang pilih kasut larian. Pertama perhatikan bentuk kasut larian tersebut.

Jika ia mempunyai tapak lebar ia berfungsi lebih kepada motion control. Jika korang mempunyai tapak kaki yang agak rata inilah kasut larian paling sempurna buat anda. Ia memberikan sokongan maksimum kepada kaki dan keselesaan.

Namun untuk korang yang mempunyai tapak kaki normal - bolehlah pilih kasut larian mempunyai semi-lengkungan pada bahagian tapak.

Manakala untuk yang memiliki tapak kaki tirus - kasut bertapak melengkung sangat sesuai untuk aktiviti larian.

4) DAPATKAN INFO SEBAIKNYA

Sebelum membeli mana-mana kasut adalah lebih baik jika lakukan sedikit research di Internet. Korang juga boleh dapatkan pendapat daripada jurujual.

Cuba sarungkan kasut yang ingin dibeli dahulu dengan menggunakan stoking.

Jangan terikut-ikut dengan trend semata-mata. Carilah kasut yang benar-benar sesuai dengan kaki anda.

5) KENAL PASTI TEKNOLOGI

Setiap kasut menawarkan teknologi tersendiri terutamanya pada bahagian tapak kasut yang mempunyai fungsi serapan tenaga.

Lain jenama lain teknologi yang ditawarkan.

Kasut anda juga harus mempunyai saiz sesuai. Pastikan terdapat ruang mencukupi semasa anda memakai kasut larian.

Kalau boleh cubalah kasut yang ingin dibeli di atas treadmill.

Sumber: Astro Awani

Destination: