[TERKINI] "Sah!" - Zainal, Fyna Dah Dua Minggu Bercerai

TERKINI
May 18, 2023 - 11:00 AM


Semalam kecoh dengan ura-ura pemain bolasepak lagenda terkenal, Zainal Abidin Hassan dah ceraikan isteri mudanya, Fyna Jebat.

Sebelum ini anak Zainal, Zahira Aisyah menafikan ibu, Datin Zalina Zaini Zaini sudah berbaik dengan Fyna menerusi komennya di sosial media dan mengatakan Zainal sudah pun bercerai.

Tak sampai 24 jam heboh dengan teka-teki perkahwinan Zainal dan Fyna, timbul pula isu yang mengatakan rupa-rupanya mereka berdua dah bercerai dua minggu lepas..

Perkara ini sudah disahkan sendiri saudara terdekat Zainal yang memberitahu punca penceraian tersebut kerana tiada persefahaman antara Fyna dan isteri pertamanya.

"Apa yang dikatakan anak Zainal itu saya boleh cakap betul dan mereka memang sudah bercerai dua minggu lalu.

"Punca cerai disebabkan kedua-dua isterinya tiada persefahaman jadi mereka mengambil keputusan untuk bercerai" katanya ketika dihubungi pihak media. 

Pihak media sebelum ini cuba dapatkan pengesahan dari Zainal sendiri pada petang namun jawapan yang diterima adalah "saya tengah memandu nak pergi latihan".

Tindakan mereka berdua mengunci mulut membuatkan saudara terdekat yang memberi kenyataan sebenar kepada media untuk tahu cerita sebenar.

Anak Zainal, Zahira mempertikaikan posting sebelum ini yang mengatakan ibunya, Zalina sudah berdamai dengan Fyna namun gambar yang diupload itu gambar empat bulan lepas.

Malah dia juga menganggap bapanya membuat keputusan yang tepat dan dia juga menaruh harapan agar rumah tangga ibu bapanya bertambah dengan kasih sayang sayang serta ujian yang mendatang.

 

 

Destination: