Melancong ke Korea Utara
TRAVELMungkin ada antara kita yang teringin untuk melancong di Korea Utara. Namun selamatkah untuk dijadikan destinasi pelancongan? Lebih-lebih lagi selepas terjadinya kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara.
Memang diakui Korea Utara bukanlah satu destinasi yang popular untuk melancong. Tapi tak salah untuk kita merasai sendiri pengalaman di negara tersebut. Bagi mereka yang berhasrat untuk ke negara ini mungkin 15 perkara tentang Korea Utara ini perlu anda tahu terlebih dahulu.
Korea Utara boleh dikatakan antara negara yang agak terpencil dan agak misteri berbanding negara lain di seluruh dunia. Ianya mungkin juga antara negara yang paling tak ‘friendly’ dari segi pelancongan. Insiden-insiden dan spekulasi tentang Korea Utara yang sering kita dengar membuatkan kita berasa agak gerun untuk memilihnya sebagai tempat untuk dilawati.
1. Penerbangan Ke Korea Utara
Jika ingin ke sana harap maklum tiada penerbangan direct di Malaysia ke Pyeongyang. Jadi sekiranya nak ke sana ada beberapa pilihan yang boleh anda ambil. Salah satunya penerbangan dari China ataupun Russia. Dari sana ada 2 pilihan lagi samaada untuk menaiki kereta api mahupun penerbagan.
2. Kim Jong-Un pernah menerima gelaran Doktor Falsafah dari HELP University
Tahukan anda pada tahun 2013 pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong-Un pernah menerima anugerah Doktor Falsafah dari HELP University, Malaysia. Ini menunjukkan Korea Utara - Malaysia pernah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik. Namun ianya mungkin berubah selepas tahun 2016.
3. Visa
Passport adalah buku pengenalan identiti yang bertindak sebagai kad pengenalan di luar negara.
Sementara visa adalah kebenaran untuk memasuki sesebuah negara yang ditampal/lekat dalam passport tersebut. Jadi semua negara yang kita nak masuk perlukan passport, tapi tak semua negara perlukan visa. Dan Korea Utara adalah salah sebuah negara yang boleh kita lawati tanpa memerlukan visa. (Malaysia adalah negara pertama dan satu-satunya negara yang ada keistimewaan tersebut.) Namun begitu anda perlu menandatangani perjanjian perjalanan yang menyatakan bahawa anda akan mematuhi semua undang-undang pelancongan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Korea Utara.
4. Backpacking
Anda seorang backpacker? Tak kisah sejati atau tidak yang penting anda memang dilarang untuk berjalan seorang diri di Korea Utara. Oleh itu anda perlu melancong melalui pakej agensi pelancongan. Antara agensi yang disyorkan adalah Young Pioneer Tours (highly recommended) dan Koryo Tours. Harga untuk sebuah pakej pelancongan menerusi agensi ke Korea Utara adalah dalam lingkungan RM2700-RM10k.
5. Fotografi
Law di sini memang sangat "strict" termasukkan lah fotografi. Nak berslfie? tak payah bermimpilah memang tak akan dapat. Pelancong dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari mengambil gambar-gambar yang menonjolkan kemiskinan, gambar yang mengaibkan kepimpinan, gambar tapak pembinaan, atau mengambil gambar orang awam tanpa kebenaran. Disamping itu, syarat juga diletakkan jika anda mengambil gambar tugu Presiden. Anda perlu mengambil gambar keseluruhan tugu tersebut dari kaki hingga ke kepala.
Ambil gambar separuh tak boleh, ambil gambar yang di zoom pun tak boleh, ambil gambar kepala tugu sahaja pun tak boleh, kalau nak ambil kena ambil gambar penuh. Tindakan ini boleh dianggap biadab dan tidak menghormati kesucian pemimpin Korea Utara itu. Degil? Tak mahu ikut garis panduan ini? Maka hadapilah risiko gambar dalam kamera akan didelete, kamera dirampas, atau yang paling best, ditangkap dan dihumban ke dalam penjara mereka.
6. Mereka tak suka dipanggil ‘Korea Utara’
Sebaliknya mereka lebih suka dikenali sebagai Republik Demokrasi Rakyat Korea (Democratic People’s Republic of Korea). Pyongyang pula adalah ibu negara mereka. So Korea Utara tu gunakan bila sembang dengan kita-kita saja. Masa berada di sana, panggillah ia dengan nama yang ia suka.
7. Fakta Menarik Tapi Pelik
Stadium Rungnado May Day mampu menampung hingga 150 000 orang pengunjung dan menjadi tempat untuk acara-acara sukan terbesar di negara itu. Pyongyang ada tiga buah ‘funfair’ yang walaupun agak kuno dan berteknologi rendah namun sebenarnya amat menarik untuk dicuba. Yang pelik? Kebanyakan kanak-kanak akan pakai pakaian seragam yang sama setiap masa, walaupun mereka tidak berada di sekolah.
Pilihan raya di sini dibuat setiap 5 tahun sekali. Yang pelik calon hanyalah seorang. So tak kiralah korang undi sapa yang pasti dia je lah yang akan menang. Rancangan TV sangat boring. Dan anda adalah DILARANG sama sekali untuk menonton rancangan TV atau artis dari Korea Selatan. Katanya kalau didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman mati
8. Internet
Anda tidak dibenarkan sama sekali menggunakan capaian internet di sepanjang berada di sana. Malah penduduk mereka sendiri pun di larang menggunakan internet. Hanya pegawai atasan sahaja dibenarkan menggunakan internet. Gila lah. Rasa macam berada di zaman dahulu kala. Simpati dengan rakyat mereka. Panggilan antarabangsa pula boleh dibuat namun pada kadar yang terlalu tinggi. (3-7 USD seminit) Jadi sepanjang di Korea.
Yang bagusnya anda tak perlu susah-susah nak cari sim kad atau pun wifi.
9. Maklumat mengenai Korea Utara di Internet
Sama seperti apa yang kita dengar, matlumat tentang Korea Utara di internet juga semuanya negatif. Ini kerana majoriti laman web yang ada di monopoli oleh kuasa barat. Tak hairan lah mengapa semuanya negatif. Tapi bagi aku memang agak tak masuk akal pun pasal Korea Utara ni.
10. Matawang
Matawang yang diterima daripada pelancong untuk urusan pembayaran tunai di Korea Utara adalah Euro, matawang China iaitu Yuan/Chinese Renminbi (RMB) dan Dolar Amerika.
11. Makanan Halal
Makanan halal amat sukar dan hampir mustahil untuk didapati di Korea Utara. Jadi sama ada anda makan berpandukan hukum darurat, atau anda kebuluran sampai habis percutian. Pilihlah apa tindakan yang sepatutnya.
12. Jalan-jalan
Anda tidak dibenarkan keluar bersiar-siar seorang diri di luar kawasan hotel tanpa ‘pemandu pelancong’ atau ‘pengendali’ yang telah dilantik oleh kerajaan Korea Utara. Namun anda masih boleh bebas bergerak di dalam kawasan hotel tanpa kawalan dan pengawasan yang ketat. Atau anda juga boleh memilih untuk terperuk sahaja dalam bilik hotel sambil menonton rancangan televisyen Korea Utara yang amat ‘menarik’.
13. Agama
Rakyat Korea Utara kebanyakannya tidak beragama, tidak mempunyai apa-apa kepercayaan (Atheist). Namun mereka masih mempunyai kepercayaan-kepercayaan tradisional yang diamalkan oleh warga tempatan. Namun begitu masih ada kelompok agama minoriti seperti Kristian, Buddhism dan Confucianism. Yang bagusnya, tak adalah penunggang agama dalam kalangan rakyat Korea Utara yang ambil kesempatan buat duit dengan menunggang agama dan menipu umat. Yang tak bagusnya, undang-undang ini amat ketat dan anda dilarang sama sekali untuk berdakwah atau menyebarkan ilmu tentang kepercayaan masing-masing. Hukuman mati boleh dikenakan terhadap sesiapa yang cuba berdakwah atau membaawa buku-buku atau kitab berkaitan agama di Korea Utara.
14. Dadah dan pornografi
Ganja atau Marijuana tidak diklasifikasikan sebagai dadah di Korea Utara. So anda boleh stoned kaw-kaw di sana selagi tak menimbulkan masalah. Walaupun begitu, dadah lain masih dianggap salah disisi undang-undang mereka. Pornografi pula adalah dilarang sama sekali. Hukuman mati boleh dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah memiliki, menonton atau menyebarkan bahan lucah di negara tersebut.
15. Maklumat sampingan
- Hanya pegawai kerajaan dan tentera sahaja yang dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri di Korea Utara.
- Rakyat mereka akan menggunakan pengangkutan awam untuk kemana-mana. (Dan sama jugalah untuk pelancong).
- Rakyat tempatan tidak dibenarkan untuk memakai pakaian berunsur Denim, atau seluar jeans. Namun undang-undang ini tidak dikenakan ke atas pelancong.
- Jika anda dilahirkan sebagai rakyat Korea Utara, anda tidak akan dibenarkan sama sekali keluar dari negara itu kecuali anda merisikokan sendiri nyawa anda untuk lari ke negara lain.
- Anda boleh membeli poskad dan menghantarkannya kepada kawan-kawan dan keluarga di seluruh dunia kecuali yang berada di Korea Selatan.
Disebalik semua info yang diberikan ini, Korea Utara atau Republik Demokrasi Rakyat Korea sebenarnya adalah sebuah negara yang selamat untuk dilawati. Ianya juga selamat untuk pelancong selagi anda mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak cuba untuk melakukan sesuatu yang mampu membuatkan anda meringkuk di dalam penjara mereka. Pergi dan cubalah melancong ke Korea Utara dan lihatlah sendiri keunikan negara itu.
Namun selepas peristiwa dan konflit antara Malaysia dan Korea Utara aku tak pasti adalah SELAMAT atau TIDAK untuk melancong ke Korea Utara. Aku lebih kepada TIDAK SELAMAT dan tidak seronok untuk merasai pengalaman yang agak beriksiko. Namun ini hanya pendangan peribadi penulis.
Info di ambil dari https://www.facebook.com/sasikumar5909