5 Tempat Makan Best Dan Murah Di Perlis 2024

FOODIE
February 06, 2024 - 01:22 PM


Negeri Perrlis bukan lagi tempat sekadar persinggahan untuk ke Langkawi atau Thailand. Kini negeri kecil itu setanding dengan lain-lain negeri yang menawarkan pelbagai tempat menarik dan aktiviti yang menyeronokkan. Bukan sahaja tempat malah negeri Perlis menawarkan tempat makan yang murah dan sedap.

Jika anda bercadang untuk ke Perlis kami senaraikan 5 tempat makan yang korang boleh singgah untuk isi perut korang.

1. Fairy Le Phenominal

Kafe ini merupakan salah satu kafe hipster di Kangar. Jika korang berselera untuk hidangan masakan barat bolehlah singgah di sini. Selain menjadi tempat hilangkan rasa lapar, kafe ini juga menjadi tumpuan golongan muda terutama pelajar untuk habiskan masa bersama kawan-kawan. Ruang yang luas dan selesa pastinya menjadi daya tarikan untuk ke sini. 

Kalau korang memang suka ambil gambar, inilah tempatnya. 

Alamat: Galeri 28, 6/8, Persiaran Jubli Emas, Kangar, Perlis

2. Al-Sagoff Corner

Untuk sarapan pagi, restoran ini memang sangat sesuai. Pelbagai masakan melayu dan kuih muih yang beraneka pasti membuat korang tak tahu nak pilih. Selain itu, kat sini juga menyajikan masakan-masakan utara yang sedap. Terletak berhadapan dengan hotel All In Kangar, tempat ini agak menjadi tumpuan. Jadi sila datang awal jika bercadang untuk ke sini ya. Lambat nampat memang habis. 

Alamat: Persiaran Jubli Emas, Kampung Jejawi, 01000 Kangar, Perlis

3. Restoran Rohani Ikan Bakar

Memang tak sah kalau datang ke Perlis tidak menjamu selera dengan juadah ikan bakar. Terutamanya di Kuala Perlis pelbagai restoran ikan bakar yang boleh korang jumpa. Salah satunya adalah Restoran Rohani Ikan Bakar. Hidangan Tom Yam ala Thai memang tidak dapat disangkal lagi sedapnya. Makanan laut jual segar dan banyak pilihan dari pelbagai jenis ikan sampaikan kepah yang macam-macam jenis. 

Paling istimewa adakan cara ikan bakar di sini agak unik ya. Kalau nak rasa ikan bakar bersalut susu datangkan ke Perlis. Kedengaran agak pelik tetapi rasanya pun boleh tahan peliknya. Korang kena cuba.

4. Ngulang Kopiitiam, Kangar

Kembali ke zaman 60 an 70 an. Itulah rasanya jika korang singgah di Ngulang Kopitiam. Dari segi juadahnya yang sangat melayu dulu-dulu, kat sini juga menggunakan barang-barang yang lama yang korang selalu nampak di rumah nenek moyong korang dahulu. 

Menunya pula aih memang teringatlah zaman-zaman kecil dulu. Paling best parking dia luas. Masakan sedap, harga murah dan tandas sangat unik. Haha

Alamat: 410, Jalan Jejawi - Tok Kayaman, 01000 Kangar, Perlis

5. Restoran Masakan Melayu Suri, Kangar

Makan tengah hari di Perlis memang tak lain tak bukan, sila datang ke Restoran Suri ini. Jika satu ketika dahulu Anjung Keli menjadi tumpuan, kini Restoran Suri menjanjikan makanan-makanan melayu yang cukup puas untuk menikmati. Ruang yang luas, pilihan masakan yang banyak namun dekat sini juga selalunya habis awal. Jadi kalau datang lambat alamaknya telan air liur jelah korang. 

Alamat: Jalan Kampung Pondok, Kampung Pondok, 01000, Kangar