"Kita Nak Sambut Raya Bukan Halloween" - Biskut Raya Bentuk Jari Hantu Buat Netizen Seram

FOODIE
April 05, 2024 - 03:15 PM


Memandangkan hari raya Aidilfitri semakin menghampiri, pasti ramai yang sedang membuat persiapan bagi menyambut hari tersebut. Mungkin ada yang sedang mengemas rumah, memasak, membakar kuih raya dan lain-lain.

Bercakap soal kuih raya, tular sebuah video di Tiktok yang menunjukkan sejenis kuih raya dengan bentuk yang agak menyeramkan iaitu jari dengan kuku yang tajam.

@fykaa_kaka Biskut Raya tahun ni.. Jari Hantu Membengkak.. 🤤🤤🤤🤤🤤 #foryou #raya2024 ♬ Alamak Raya Lagi DEFAM - De Fam

Menerusi video yang dikongsi, seorang wanita dikenali sebagai Fyka telah menyediakan kuih raya berbentuk jari. Berdasarkan kapsyen yang tertera, biskut tersebut dipanggil sebagai ‘Jari Hantu Membengkak’.

Kuih yang kelihatan seperti kuku jari sebenar itu dipercayai menggunakan kacang badam. Ditambah dengan sentuhan pewarna makanan warna merah, kuih tersebut sememangnya nampak seperti jari hantu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang meluahkan rasa takut dan seram melihat kuih tersebut.

“Belum bakar pun dah takut tengok (biskut Jari Hantu Membengkak).

“Kita nak sambut Raya bukan Halloween.

"Takutnya nak makan," tulis mereka.

 

Sumber: TikTok

Destination: