[VIDEO] "Lain Macam Trend Kuih Raya 2024" - Viral Biskut 'Sarang Semut' Letak Semut Betul Ke Tu?
FOODIESedar tak sedar, hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan masuk ke tahun baru 2024! Dan kalau masih ada yang tak tahu umat Islam dijangka akan mula berpuasa pada pertengahan bulan Mac dan April kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Rasa macam cepat betul masa berlalu kan...tup tup dah nak Raya semula.
Jadi, tidak hairanlah peniaga-peniaga kuih raya pun sudah menerima tempahan dari sekarang.
Namun, lain pula dengan sebuah rakaman viral ini apabila seorang individu berkongsi videonya membuat kuih sarang semut telah meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @anakbongsu1992 -- kelihatan individu tersebut meletakkan semut besar di atas kuih rayanya. Ia juga nampak seperti kerengga.
@anakbongsu1992 selamat hari raya #biskutsarangsemut #kuihraya #maafzahirdanbatin #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound - Mr.SyazONE
Ramai tidak menyangka dia betul-betul meletakkan semut di atas kuih sarang semut itu. Malah, netizen siap berseloroh dengan memetik nama kuih-kuih lain seperti badan berendam, kuih tahi itik dan sebagainya.
"Orang kata makan semut jadi pelupa. Kalau makan kerengga macam mana pula" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah mencecah sehingga 10.6M views, 324.5K likes dan 38.6K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gurauan individu tersebut.
Sumber: Says.com