"Mentega Ya, Bukan Marjerin" - Dr Zulkifli Saran Makan Kurma Butter, Cara Kegemaran Rasulullah SAW Makan Kurma

FOODIE
March 11, 2024 - 12:27 PM


Memandangkan umat Islam di Malaysia bakal memulakan ibadah puasa pada esok hari, pasti ramai yang sedang melakukan pembelian stok buah kurma untuk dimakan semasa berbuka dan sahur memandangkan khasiat buah kurma yang boleh membuatkan perut tahan lapar. 

Terkini, sedang hangat tentang resepi baharu kurma dimana kurma dimakan bersama mentega sehingga resepi tersebut dikenali sebagai Kurma Butter.

Pengambilan mentega yang merupakan lemak berkhasiat ini dicadangkan untuk menjadi bahan tambahan semasa anda makan buah kurma. Ini kerana ramai yang mengatakan cara ini membuatkan perut rasa kenyang walaupun makan sebiji sahaja.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut berkongsi kebaikan Kurma Butter ini di laman sosialnya.

Berkongsi di X, Dr. Zulkifli telah menyarankan orang ramai untuk mencuba Kurma yang diletakkan mentega kerana ia adalah resepi yang turut digemari oleh Rasulullah SAW.

“Bagi yang belum cuba, boleh buat untuk berbuka puasa. Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:

“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).

 

Sumber: X

Destination: