Ramai Salah Anggap! Mat Salleh Ini Jelaskan 'Chicken Chop' Bukan Makanan Western

FOODIE
April 22, 2024 - 03:22 PM


Apabila pergi ke sesebuah restoran, pasti kita akan nampak 'Chicken Chop' dalam kategori makanan barat. Namun, siapa sangka, makanan tersebut sebenarnya bukanlah dari negara barat.

Seorang TikToker Inggeris yang dikenali sebagai Greg Larcombe mendedahkan bahawa hidangan terkenal iaitu ‘Chicken Chop’ bukan berasal daripada makanan Western sebaliknya ia adalah ciptaan Malaysia. 

Pada awalnya, Greg membuat satu video di Tiktok mengenai makanan Malaysia vs United Kingdom (UK) yang menjadi pilihannya. Amy yang dipercayai pasangannya bertanya kepada Greg antara Shepperd Pie (UK) dan Chicken Chop (Malaysia) yang mana satukah menjadi pilihan.

Pertanyaan tersebut menimbulkan kehairanan mengapa 'Chicken Chop' dikatakan sebagai makanan dari Malaysia sedangkan ramai rakyat di negara ini menganggap ia adalah makanan dari negara barat.

Susulan itu, Greg membuat satu lagi video untuk memberi penerangan mengenai menu terkenal itu. 

@greggetseverywhere Replying to @mulkan I’ve realised a lot of people don’t know that chicken chop is Malaysian! #food #foodtok #malaysianfood #malaysia ♬ original sound - Greg Larcombe

“Sesuatu yang saya baru belajar bahawa ramai masyarakat Malaysia tidak menyedari bahawa Chicken Chop bukan berasal dari makanan Western sebaliknya ia datang dari negara ini iaitu Malaysia.

“Pasti anda berfikir ia makanan western hanya kerana ia kelihatan seperti itu. Malah anda juga sering melihatnya berada di dalam menu makanan western di Malaysia, tetapi sebenarnya tidak kerana hidangan itu dicipta di negara ini.

“Pada abad ke-19 ramai masyarakat China telah berpindah ke Malaysia khususnya mereka yang berbangsa ‘Hainanese’ dari selatan China dan kebanyakan mereka bekerja di rumah atau kem tentera British sebagai tukang masak dan sebagainya,” ujarnya. 

Katanya antara makanan yang dicipta oleh Hainanese pada ketika itu adalah Chicken Chop malah ia turut mempunyai sos tersendiri namun ia bukan makanan yang berasal dari barat. 

 

Sumber: TikTok

Destination: