10 Jenis Manusia Ketika Parking Kenderaan Yang Anda Akan Jumpa di Malaysia

GAYA HIDUP
August 04, 2017 - 09:26 AM


Bab parking ni tak boleh buat main. Boleh gaduh woo pasal bab parking. Bukan setakat gaduh, selipar pun boleh terbang kalau tak kena cara yang betul. Benda ni memang sering berlaku di Malaysia. Boleh dikatakan perkara biasa yang anda akan jumpa bila nak parking.

Ini antara senarai yang mungkin korang sendiri pun pernah alami. Kalau tengah panas berlalu pulak benda gini boleh berapi kepala woo.

#10 Parking OKU

Ini mungkin kesinambungan daripada point #9. Adakah anda tahu kat Malaysia ni teramat ramai bilangan OKU? Mungkin kebanyakannya mempunyai kurang keupayaan untuk berfikir sejak lahir. Kesian sangat.

#9 Parking depan rumah orang

Yang ini selalu jadi kalau time solat Jumaat dan kenduri. Mesti banyak rumah jadi mangsa. Nak-nak kalau rumah tu berhampiran dewan atau padang tempat kenduri. Letak pi lah signboard sebesar gajah tulis "no parking" pun, tapi mereka tetap akan parking. Ini menunjukkan ramai orang Malaysia jatuh dalam kategori buta penglihatan ataupun buta huruf.

#8 Parking di pam minyak TAPI tak isi minyak pun

Kalau pergi stesen minyak, kadang-kadang anda boleh nampak spesis macam ni. Disebabkan tak ada tempat nak park, maka spesis manusia ni akan park di tepi pam minyak. Lepas tu dia turun la pegi toilet ke, beli rokok ke, beli jajan. Tapi bila dah datang, masuk kereta, start enjin dan berlalu pergi. Padahal ada line panjang kot tengah tunggu nak isi minyak nih!

#7 Merampas parking orang

Kadang-kadang tu kita dah tunggu lama siap bagi signal nak tunggu ada kereta nak keluar. Lepas tu tiba-tiba je ada kereta laju terus masuk parking yang kita tunggu tu. Boleh cepat-cepat dia keluar buat tak nampak je kita yang menunggu ni. Sampah masyarakat betul.

Tapi best jugak kalau semua kereta boleh buat macam jeep ni. Haha.

#6 Double parking

Perangai yang satu ini memang bukan dipanggil tabiat lagi dah. Rasanya ini memang dah sebati dengan jiwa masyarakat Malaysia. Tapi yang menghairankan, walaupun dah biasa double park, majoriti rakyat Malaysia masih bebal kerana tidak reti-reti meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi. 

#5 Parking kat ruang pejalan kaki

 

Yang ni selalu nampak kalau pergi shopping mall atau hypermarket. Pejalan kaki nak lalu sambil tolak troli pun tak boleh disebabkan ada manusia bodoh sombong macam ni.

#4 Parking rapat gila

Yang spesis macam ni memang biadap la. Dia pikir pintu dia je boleh buka. Kalau kita nak masuk kereta, kena masuk ikut pintu penumpang sebab tak muat nak buka pintu belah pemandu.

Tapi kalau jadi macam dalam gambar ni, nak masuk ikut mana? haha.

#3 Parking di petak reserved

Kat hospital, bangunan pejabat ataupun apartment/kondo selalu nampak spesis yang macam ini. Dia punya malas nak pergi visitor's parking, sanggup ambil parking yang bukan hak dia. Ni takde lain punya alasan, semua sebab MALAS. Maka, tak hairanlah ramai orang Malaysia ni gemuk-gemuk belaka. Jalan jauh sikit pun taknak.

#2 Parking dua petak

Yang ni selalu menyirap je tengok. Kalau dia bawak lori ke bas ke takpe la jugak kan nak makan ruang parking besar-besar. 

Kadang-kadang ada tu jenis parking bontot kereta dia terjulur makan parking sebelah sehingga menyusahkan orang lain nak masuk atau keluarkan kereta.

#1 Tolong 'chup' parking

Pernah tak, anda tengah pusing nak cari parking. Lepas tu rasa macam dah nampak parking kosong. Anda dengan rasa gembira baru nak bagi signal, tiba-tiba nampak ada manusia berdiri tengah-tengah parking tu sambil bagi isyarat "tak boleh"?

Kadang-kadang spesis ni akan suruh anak dia berdiri untuk 'booking' ruang tu sementara dia pusing nak datang situ balik. Nak marah pun tak sampai hati, rasa kesian kat budak tu sebab ada mak ayah perangai macam tu.

Tahap Lajen 1

Dari jauh nampak ada kosong. Bila nak masuk je ada kancil. Huh panaih hati. Kancil ni bukan setakat boleh menipu buaya je. Manusia pun kena tipu. Satu lagi kes lebih kurang bila motor yang parking tempat kereta.
 
-------
 
Macam-macam kan ragam orang kita. Kata minda kelas ketiga tau pulak marah.