10 Perkara Yang Ramai Tidak Tahu Tentang Stephen Hawking Ahli Fizik Terkemuka Dunia

GAYA HIDUP
March 15, 2018 - 01:08 PM


14 Mac 2018 perginya seorang ahli fizik yang terkemuka dunia iaitu Stephen Hawking.  Stephen Hawking meninggal pada usia 76 tahun. Stephen merupakan saintis yang hebat dan luar biasa malah dia seorang yang berani dan berusaha keras selain genius sehingga dijadikan sumber inspirasi seluruh dunia. 

Disebalik kejayaan beliau menguasai dunia Fizik, ramai yang masih belum tahu tentang kesukaraan dan teori yang tidak masuk akal pernah beliau alami. Namun, Stephen tidak pernah berputus asa untuk mencapai impiannya.

Sempena perginya beliau dari dunia ini, kami di Rileklah.com ingin berkongsi 10 fakta yang ramai tidak tahu tentang beliau.

1. Pernah Naik Pesawat Tanpa Graviti

Pada tahun 2007, Hawking telah menaiki pesawat tanpa graviti. Itulah kali pertama ahli fizik itu cuba berada di ruang angkasa lepas. Tiket beliau telah di taja oleh Zero Gravity Corporation supaya beliau dapat merasa pengalaman terapung di udara di dalam Boeing 727 ketika penerbangan di lautan samudera. 

2. Percaya Pada Alien

Percaya pada makhluk lain di alam semesta ini. Katanya kita berkongsi dunia ini dengan beribu makhluk lain di dunia. Ini aku pun percaya. hehe

3. Penulis Buku Kanak-kanak

Percaya atau tidak pakar Fizik ini juga merupakan penulis buku kanak-kanak. Entah macam mana lahj penulisan buku kanak-kanak beliau ya. Kalau aku baca buku di masa kecil mesti aku tak dapat C5 dalam SPM aku dulu.

4. Banyak Mendapat Penghargaan

Ini tak hairan. Otak macam dia tu memang patut pun di beri penghargaan unless dia tinggal di Malaysia. Yopu know what i mean! hehhe. Tetapi percaya atau tidak beliau tidak pernah dapat anugerah Nobel dalam bidang Fizik.

5. Kalah Dalam Pertaruhan Teori Lubang Hitam (Black Hole)

Pada tahun 1975 berpendapat bahawa lubang hitam tidak sepenuhnya hitam. Warna di dalam lubang itu dipengaruhi kesan radiasi tenaga sehingga warnanya boleh berubah.

Teori Hawking itu dibantah oleh ahli Fizik yang berasal dari Amerika iaitu John Preskill. John tidak bersetuju dengan Hawking. Di tahun 1997, John bertaruh bahawa teori Hawking itu salah.

Pada tahun 2004, Hawking mengaku kalah dalam pertarungan tersebut dan teori hawking di sahkan salah pada tahun 1975.

6. Menciptakan Teori Alam Semesta yang Tak Terbatas

Salah satu pencapaian terbesar Hawking adalah mengemukakan teori bahawa alam semesta tidak memiliki batasan. Teori itu dia keluarkan pada tahun 1983 bersama James Hartle, seorang lagi ahli fizik dari Amerika Syarikat. 

Pada tahun itu, Hawking dan James menulis teori tentang sifat dan bentuk alam semesta. Mereka menggabungkan konsep mekanikal kuantum dan juga mempelajari tingkah laku partikel mikroskopis.

Teorinya itu digabungkan dengan teori Albert Einstein tentang graviti dan ruang masa. Tujuannya, untuk menunjukkan bahawa alam semesta tidak mempunyai batasan.

7. Hampir Putus Asa

Ahli fizik yang hebat pun penah merasa hampir putus asa. Apa lagi kita yang tidak seberapa ini. Namun kita punya pilihan untuk terus berputus asa atau terus mengejar apa yang kita mahukan.

Semasa di Universiti Cambridge Hawking mulai menunjukkan gejala amyotrophic lateral sclerosis, sejenis penyakit saraf yang membuat tubuhnya lumpuh dan sukar untuk bercakap. 

Wow pada masa itu Hawking hanyalah berusia 22 tahun. Bayangkan kita di tempat Hawking. Kita tak mak tak dapat bagi duit cukup untuk belajar pun dah mula tak nak belajar. 

Walaubagaimanapun keluarganya memutuskan untuk membawa Hawking berjumpa doktor pakar. Sebelum itu Hawking sempat ke pesta tahun baru dan di situlah Hawking bertemu dengan Jane Wilde yang kemudianya menjadi isterinya.

Setelah 2 tahun berubat akhirnya Hawking menunjukkan tanda tanda putus asa. Doktor juga ad amengatakan bahawa Hawking hanya mamopu hidup setahun sahaja lagi. Tapi ajak itu di tangan Tuhan. Hawking hidup sampailah umurnya mencecah 76 tahun.

8. Aktif Dalam Pasukan Dayung di Oxford Universiti

Semasa belajar di Oxford, Hawking merupakan seorang pelajar yang sangat aktfi di dalam pasukan mendayung untuk Universitinya. Oleh sebab ramai yang hanya menyangka dia hanya seorang yang genius dalam komputer Hawking membuktikan bahawa dia juga seorang yang boleh bersukan. Ketika itu beliau belum lagi menghidap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS).

9. Tidak Suka Belajar Biologi

Memang macam tu kot. Orang yang minat Fizik mesti tak suka Biologi. Tapi aku lain pulak dua2 subjek ni aku tak suka. hahaha. 

Sejak kecil, Hawking mulai menujukkan minat kepada subjek Matamatik dan ayah Hawking pula mahu Hawking menjadi seorang Doktor. Disebabkan Hawking tak suka Biologi so impian ayahnya tidak dapat di capai.

10. Pernah Muncul Dalam Rancangan TV

Percaya atau tidak Hawking pernah muncul beberapa kali dalam rancangan TV. Aku rasa ramai yang perasan kot. Antara rancangan Tv yang pernah Hawking muncul adalah The Simpsons’ (American Sitcom),  ‘Star Trek: Next Generation

Selain itu Hawking juga muncul dalam dokumentari popular ‘Stephen Hawking: Master of the Universe’ dan ‘Into the Universe with Stephen Hawking.’