12 Makanan Yang Perlu Anda Elak Sebelum Menaiki Kapal Terbang





Sebelum mengharungi perjalanan jauh menaiki kapal terbang, perkara pertama ramai yang lakukan adalah makan. Tak hairanlah dimana-mana lapangan terbang sekalipun, tempat tumpuan sudah tentu kedai makanan.

Ada sesetengah orang pula, takut atau tak akan makan apa-apa sebelum penerbangan, risau sakit perut di dalam penerbangan. Sebenarnya, selain sakit perut, ada perkara-perkara lain yang perlu dititikberatkan antaranya, bau yang kurang menyenangkan.

Kalau risau orang sebelah tak selesa dengan bau yang dikeluarkan disebabkan makanan yang kita makan sebelum ini, elakkan makan atau minum 13 makanan dan minuman ini.

#1. Bawang

Baik bawang besar, mahupun bawang putih, kurangkan. Adakalanya kita tak perasan, sebagai contoh, bawang dalam burger misalnya. Walaupun kuantitinya sedikit, ia akan membuatkan nafas kita berbau.

Nafas berbau disebabkan bawang ni, hanya akan kembali normal selepas 24 jam.

Ada tips nak hilangkan nafas berbau bawang? Ada. Iaitu, makan epal atau kunyah daun pudina. Ini akan menghilangkan bau yang kurang enak dikeluarkan oleh bawang tadi.

 

#2. Buah-Buahan Kering

Selalunya buah buahan yang dikeringkan macam manga, apricot dan lain-lain ini kita buat kudap-kudapan semasa atau sebelum penerbangan.

Ramai yang tak sedar tapi ada kandungan dalam buah-buahan kering yang boleh menyebabkan kita diserang asma. Asma ni bukan nama orang, ini asma yang susah nak bernafas tu. Dah lah berada di dalam tekanan tinggi, kurang oksigen, kena serangan asma pulak, memang kombinasi yang perlu dielakkan.

 

#3. Kopi

Ada sesetengah orang, memang habit. Sampai di airport, terus ke Starbucks untuk pekena kopi. Tapi tahu tak kopi venti mengandungi 475 miligram kafein. Kalau penerbangan 2 jam, memang korang akan kerap ke tandas dan dah tentu susah nak tidur.

Selain susah nak tidur, kopi akan menyebabkan korang berasa pening dan mengalami kekejangan otot jugak. Jadi kalau nak kena kopi jugak, ambillan beberapa jam sebelum penerbangan.

 

#4. Blue Cheese

Kalau ada menu cobb salad, elakkan. Kebiasaannya mereka menggunakan blue cheese dan untuk korang yang ada masalah elergi terhadap produk tenusu, ini akan memberikan masalah.

Korang akan kerap ke tandas. Kalau nak dapatkan penerbangan yang tiada gangguan nak ke tandas, elakkan makan blue cheese atau elakkan makanan berkeju sebelum penerbangan untuk selamat.

 

#5. Kacang dan Peanut Butter

Kacang merupakan snek yang kadangkala dihidangkan dalam penerbangan, namun tak ramai yang tahu sebenarnya untuk mereka yang ada alahan teruk terhadap kacang, bau kacang pun akan memberikan mereka tak selesa.

Kalau korang elergi pada sesuatu bahan, bagitahu pramugara yang bertugas.

 

#6. Salami

Salami ni bukan nama orang, tapi sejenis hirisan daging berperisa. Kebiasaannya, salami mempunyai kandungan histamin yang tinggi. Bila mana histamin tinggi, jika seseorang yang ada alahan akan terkesan.

Antara yang teruk adalah gatal-gatal dihidung, sinus dan tekanan di telinga sukar nak kembali normal selepas dan sebelum mendarat atau berlepas.

 

#7. Air ‘Paip’

Walaupun rata-rata syarikat penerbangan sekarang membrikan air dalam botol, tapi perlu diingatkan yang air kopi dan teh dibuat menggunakan air paip. Pada 2015, ada kajian yang membuktikan yang air yang dibekalkan kepada kapal terbang ini sedikit tercemar.

Tips dia, bawalah botol kosong dan isi selepas melepasi sekuriti dan sebelum menaiki pesawat.

 

#8. Sandwich

Kebanyakan sandwich yang disediakan, terutamanya untuk sarapan adalah mengandungi kandungan garam yang agak tinggi.

Selain boleh menaikkan tekanan darah, keadaan ini tidak membantu dalam suasana tekanan udara yang tinggi dan bekalan oksigen yang kurang di dalam penerbangan.

Pilih yougurt dan buah-buahan adalah sarapan yang terbaik.

 

#9. Minuman Berkarbonat

Sekiranya anda mempunyai masalah pernafasan atau masalah paru-paru, elakkan minuman bergas sebelum penerbangan.

18 peratus daripada mereka yang ada masalah ini akan mengalami kesukaran untuk bernafas dalam keadaan tekanan yang tinggi semasa penerbangan.

 

#10. Popcorn

Popcorn biasanya didatangkan dalam bungkusan plastik dan bungkusan ini mengeluarkan bunyi yang agak menganggu penumpang lain. Tak cukup dengan itu, popcorn akan membuatkan tangan korang melekit dan kalau ia berbau kuat, mungkin ada penumpang yang akan mual dan tak selesa.

 

#11. Minuman Dark Chocolate

Biasanya bila sebut kafein, orang akan kaitkan dengan kopi dan terlupa yang sebenarnya dark chocolate juga mengandungi kafein yang tinggi.

Bila kafein tinggi, masalah yang sama dengan peminum kopi lah akan berlaku.

 

#12. Durian

Tak dapat dinafikan, durian sangat sedap. Tapi kita kena ingat, bukan semua orang boleh terima dan bau durian. Ada yang akan muntah dan sekiranya nafas korang yang berbau durian, lagilah orang sebelah tak selesa. Manganggu tau.

 

#13. Petai, Jering dan Seangkatan dengannya

Fikir logik lah, dalam penerbangan yang tiada pengudaraan yang cukup, sedikit bauan pun akan menganggu dan menyebabkan penumpang lain tidak selesa.

Jadi kalau boleh elakkan makan makanan yang berbau petai contohnya.