13 Pelajar Jadi Korban Nafsu Guru Agama Sampai Hamil, Dijatuhkan Hukuman Mati

GAYA HIDUP
January 05, 2023 - 02:42 PM


Antara kes yang hangat diperkatakan di negara jiran, Indonesia akhirnya terungkap. Mahkamah Agung menolak rayuan terhadap hukuman mati yang dikenakan ke atas seorang guru agama yang didapati bersalah merogol 13 pelajarnya di sekolah yayasan diketuainya.

Herry Wirawan, 36, menghamilkan sekurang-kurangnya lapan pelajar perempuan antara 2016 dan 2021 di sekolah berasrama penuh yang diusahakannya untuk kanak-kanak dari golongan kurang berkemampuan. 

Menurut mahkamah, kebanyakan mangsanya melahirkan anak ketika masih bersekolah dan bayi mereka digunakan untuk meminta derma.

Majlis hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Agung, Sri Murwahyuni menolak rayuan yang difailkan Herry dan mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Bandung.

Herry pada mulanya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Februari tahun lalu, tetapi Mahkamah Tinggi di Bandung menukarnya kepada hukuman mati selepas pihak pendakwaan membuat rayuan. 

Hakim yang diketuai, Herri Swantoro, berkata, suspek telah melakukan jenayah paling serius kerana bukan sahaja menyakiti mangsanya tetapi juga mendera emosi dan menjejaskan masa depan mereka serta anak-anak yang dilahirkan akibat perbuatan itu.

Hukuman mati tersebut merupakan yang pertama dalam sejarah perundangan Indonesia melibatkan kes serangan seksual.-AGENSI

Destination: