Unik & Pelik! Rakyat Indonesia Guna Paku, Tak Pakai Pen Ketika Mengundi
GAYA HIDUPBagi mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi, pasti tidak lari dengan pengundian. Ini kerana melalui kaedah tersebut, pemerintah bagi sesebuah negara akan dipilih. Oleh itu, mengundi adalah satu tanggungjawab dan hak asasi yang perlu dilaksanakan dengan bijak oleh setiap individu dalam membentuk masa depan negara mereka.
Setiap negara demokrasi pastinya mempunyai badan khas yang bertanggungjawab untuk menguruskan pilihan raya dan memastikan kelancaran proses pada hari tersebut. Di Malaysia, badan yang bertanggungjawab tersebut adalah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Salah satu tugas badan tersebut adalah menentukan kaedah pengundian. Sebagai contoh, di Malaysia, kaedah pengundian adalah dengan cara memangkah pada kertas undi menggunakan pen. Selain itu, jari telunjuk pengundi juga ditandakan dengan dakwat bagi mengelakkan kejadian pengundi mengulang undi.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negara yang masih mengamalkan kaedah yang unik ketika meninggalkan tanda pada kertas undi.
Antara negara yang mengamalkan kaedah unik tersebut adalah Korea Selatan dimana pengundi akan menggunakan cop dakwat berwarna merah bagi meletakkan tanda pada kertas undi. Selain Korea Selatan, jiran kita, Indonesia juga menggunakan cara yang unik ketika mengundi.
Seorang pengguna TikTok dari Indonesia telah berkongsi tentang kaedah dalam meninggalkan undi pada kertas undi di negaranya.
@kpu_pku Hai #TemanPemilih Gimana sih nyoblos surat suara yang benar dan sah?? Yuk.. simak video berikut 😊 #KPUmelayani #fyp ♬ suara asli - KPU Kota Pekanbaru
Menurut individu tersebut, pengundi di Indonesia menggunakan kaedah yang tidak lazim dan lain daripada yang lain dengan meninggalkan tanda atau memilih calon menggunakan paku. Paku-paku ini digunakan untuk menebuk ruang pada bahagian calon yang mereka hendak pilih.
Menurut laporan dari Vice Indonesia pula, kaedah yang tidak lazim ini masih diamalkan hanya di dua buah negara, iaitu Indonesia dan Kemboja.
Masih menjadi satu keanehan mengapa kaedah pengundian seperti ini masih digunakan sejak zaman pemerintahan Soeharto hingga ke hari ini. Untuk makluman, Indonesia sebelum ini pernah menggunakan pen pada Pemilihan Umum 2004 dan 2009.
Bagaimanapun, kaedah tersebut telah menyebabkan kekeliruan di kalangan pengundi yang akhirnya mengganggu kelancaran Pemilihan Umum (Pemilu).
Individu tersebut juga menyatakan bahawa ramai pengundi tidak memahami proses mengundi yang sepatutnya dilakukan dengan menggunakan pen. Keadaan ini menyebabkan banyak kertas undi tidak ditanda dengan betul, yang akhirnya membawa kepada masalah undi rosak.
@kumparan Dua hari lagi pada 14 Februari 2024, masyarakat Indonesia akan menggunakan hak pilihnya untuk memilih calon pemimpin bangsa. Ada lima surat suara bakal dicoblos yakni surat suara Pilpres, surat suara DPR RI, surat suara DPD RI, surat suara DPRD provinsi dan surat suara DPRD kabupaten/kota. Bagi masyarakat yang akan mencoblos, jangan sampai salah karena bisa-bisa suara kamu nantinya dinyatakan tidak sah karena tidak sesuai aturan. #pemilupedia #tanyapemilu #nyoblos #news #motion #capres #cawapres #pemilu2024 #kumparan #tiktokberita #salingjaga ♬ original sound - kumparan
Oleh kerana itu, pada Pemilihan Umum 2014, kaedah pengundian asal yang menggunakan paku telah dikembalikan sebagai tindakan untuk mengatasi masalah tersebut.
Sumber: TikTok