Doktor Gila! Pakar Bius Rogol Ibu Mengandung Yang Tak Sedarkan Diri Semasa Pembedahan!

GAYA HIDUP
July 14, 2022 - 03:58 PM


Doktor gila! Gempar satu berita yang berlaku di Brazil di mana seorang doktor pakar bius dirakam merogol seorang wanita hamil yang sedang menjalani pembedahan C-section.

Giovanni Quintella Bezerra, 32, telah ditahan Isnin yang lalu selepas perlakuan jijiknya itu berjaya dirakam. Menerusi video yang dikongsi jelas kita dapat melihat doktor itu memasukkan kemaluannya ke arah mulut pesakit wanita yang tidak sedarkan diri itu. Beliau melakukan perbuatan terkutuk itu ketika para doktor yang lain sibuk selesai pembedahan.

Kejadian berlaku di Hospital da Mulher in São João de Meriti, Rio de Janeiro.

Staff nya sendiri yang nekad untuk merakam doktor tersebut kerana berasa curiga akan Bezerra yang kerap memberikan dos yang agak tinggi kepada para pesakit. Doktor tersebut juga menghalau suami pesakit daripada berada di sekitar bilik pembedahan.

Rupanya-rupanya ramai ibu mengandung yang telah menjadi mangsanya. Beliau bakal menghadap hukuman dari 8 ke 15 tahun penjara.

Destination: