Bukan 1 Atau 2, Tapi 8 Kelebihan Korang Akan Dapat Kalau Guna Kerusi Urut OSIM uNano Series!

GAYA HIDUP
June 01, 2021 - 10:35 AM


Memandangkan ketika ini disebabkan penularan pandemik, kita semua diarahkan untuk berada di dalam rumah serta melakukan segala aktiviti seharian hanya dari rumah -- mungkin ramai yang mula mengalami kelesuan dan asyik mengadu lenguh-lenguh badan.

Mana tidaknya, kalau bekerja dari rumah kena duduk di atas kerusi berjam-jam sambil menghadap komputer. Lepas tu baring untuk berehat, tanpa melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti kebiasaannya. Memang badan mudah rasa lemau.

Namun, jika anda ingin mengekalkan gaya hidup sihat meskipun terkurung di rumah -- kami ada idea yang menarik untuk anda!

Siapa dekat sini yang biasa dengar jenama OSIM? Mesti ramai yang familiar bahawa OSIM sangat sinonim dengan kerusi urut yang canggih dan mengikut peredaran zaman, kan? 

Ya, kali ini OSIM Malaysia, peneraju global dalam produk gaya hidup sihat telah mencipta satu lagi kerusi urut terbaharu yang dikenali sebagai OSIM uNano Series!

Tapi yang paling best kerusi urut ini bukan sahaja berfungsi sebagai tempat duduk atau mesin urutan badan semata-mata, malah terdapat banyak lagi fungsi serta kelebihan yang dimiliki OSIM uNano Series dan memang tak rugi untuk korang beli.

Jom kita tengok kesemua 8 ciri dan fungsi khas kerusi urut OSIM uNano Series yang hanya boleh didapati menerusi pembelian eksklusif secara online :-

1) RINGAN & BERSAIZ KECIL

Kalau sebut sahaja pasal kerusi urut mesti ramai yang membayangkan ianya besar gedabak dan sangat susah untuk diangkat atau dipindahkan berkali-kali, kan?

Tetapi dengan kerusi urut OSIM uNano Series ini, percaya atau tidak ianya hanya seberat 58 kilogram dan bersaiz kecil serta lebih ringan dan mudah untuk digerakkan atau dialihkan ke tempat lain.

Kerusi urut ini juga mempunyai lebar hanya 71cm, cukup kecil dan muat untuk diletakkan di dalam rumah anda yang mungkin berkonsepkan kondominium, apartment atau bilik kecil. Sangat menjimatkan ruang!

2) KERUSI URUT SERBAGUNA

Ini satu lagi ciri istimewa yang ada pada OSIM uNano Series di mana ianya sangat fleksibel dan boleh diubah suai kegunaannya menjadi sofa, kerusi urut dan juga kerusi santai -- semua dalam satu pakej! Senang kata 3-in-1...hehehe

3) PENJIMATAN RUANG

Kerusi urut OSIM uNano Series ini juga mempunyai tempat letak kaki yang boleh ditarik semula dan dilipat bagi memberi ruang yang lebih selesa sekiranya anda tidak menggunakan kerusi tersebut atau hanya ingin digunakan sebagai sofa.

4) TEKNOLOGI 3D DENGAN PENGGELEK URUT 360 DARJAH

Seiring dengan teknologi canggih, kerusi urut OSIM uNano Series ini juga turut mengaplikasikan penggunaan urutan secara 3D yang menggabungkan teknik menguli, mengetuk dan menggulung.

Kesemua teknik urutan ini bakal memberikan kelegaan yang luar biasa kepada bahagian tisu dalaman badan anda serta di titik yang biasanya mudah berasa sakit seperti leher, bahu, belakang badan serta lumbar.

Malah, OSIM uNano Series turut dilengkapi dengan penggelek urut 360 darjah yang akan membantu mengurut anda mengikut arah dan lawan jam. Seronok, kan!

5) DILENGKAPI URUTAN BEG UDARA 

Giler, lah! Ingat kereta je yang ada beg udara, sekarang OSIM pun keluarkan kerusi urut yang ada pakej urutan menggunakan beg udara bagi memberikan kesegaran kepada badan dan minda anda!

Terdapat 4 beg udara yang masing-masing lengkap dengan fungsi dan kebaikannya seperti :-
1. Beg udara bahu & urutan lengan atas : Melegakan ketegangan dan kesakitan pada otot bahu dan lengan atas.
2. Beg udara bawah lengan : Meningkatkan peredaran darah di bahagian lengan dan tapak tangan.
3. Beg udara paha dan pinggul : Melegakan dan menghilangkan keletihan pada otot paha dan pinggul.
4. Beg udara kaki : Melegakan kesakitan dari kaki anda yang letih.

6) MEMBERI RASA HANGAT DAN KELEGAAN PADA BELAKANG BADAN

Dengan OSIM uNano Series, anda juga bakal merasai pengalaman seakan membuat sesi urutan refleksologi.

Ia boleh membantu anda untuk melonggarkan otot-otot atau sendi yang kaku dan kebas, selain memastikan tubuh badan anda sentiasa berada dalam suhu dan peredaran darah yang lancar.

Apa yang pasti anda akan merasai keselesaan pada tahap maksima dan mendapat ketenangan yang cukup mendamaikan meskipun hanya terkurung di dalam rumah bersama kerusi urut OSIM uNano Series.

7) FLEKSIBEL 

Selain kecil, ringan dan menjimatkan ruang -- kerusi urut OSIM uNano Series juga dihadirkan dengan pakej yang fleksibel di mana beberapa bahagiannya boleh diubah suai mengikut keselesaan anda, antaranya:-

i - Panel sisi atas lengan yang boleh dilebarkan hingga 62 cm mengikut pelbagai jenis ukuran badan untuk keselesaan pengguna yang bersaiz besar.
ii - Alat urut kaki yang boleh dipanjangkan sehingga 16 cm bagi memberi kedudukan yang selesa.
iii - 3 tahap urutan intensiti (intensiti lembut 3 cm, intensiti keseimbangan 6 cm, intensiti dalaman 10 cm)

8) 8 PROGRAM URUTAN AUTOMATIK

Bukan hanya 1 atau 2, tetapi kerusi urut OSIM uNano Series ini mempunyai sehingga 8 program atau mod urutan automatik yang disediakan untuk anda sesuaikan mengikut gaya hidup sendiri.
- Leher & Bahu
- Lumbar & Punggung
- Berehat
- Pemulihan Sukan
- Tenaga
- Tisu Dalaman
- Tidur
- Selepas Kerja

Banyak dan menarik, kan fungsi serta ciri-ciri yang ada pada kerusi urut OSIM uNano Series ini? Memang best kalau anda ada 1 kerusi urut itu dekat rumah. Barulah gaya hidup kita pun akan jadi lebih sihat dan dengan duduk di rumah kita pun boleh membantu memutuskan rangkaian penularan pandemik yang sedang melanda seluruh dunia.

Memandangkan sekarang ramai yang tidak dibenarkan keluar tanpa tujuan, anda jangan risau kalau tak dapat ke kedai untuk membeli kerusi urut OSIM uNano Series. Ini kerana OSIM membuat jualan eksklusif secara dalam talian bagi pengguna yang berminat untuk mendapatkan OSIM uNano Series.

Lebih menarik, ada diskaun hebat menanti anda! Butirannya ada di bawah ini:

Harga Promosi: RM9,888 [Pelan ansuran tanpa faedah 0% tersedia sehingga 36 bulan * (Harga ansuran bulanan pada RM275 sebulan)]

Harga Biasa: RM12,888

Jaminan: 2 tahun.

Penghantaran PERCUMA di Semenanjung Malaysia sahaja.

Website Untuk Pembelian: https://bit.ly/34rcIPO
OSIM FB: https://www.facebook.com/OSIM.Malaysia
OSIM IG: https://www.instagram.com/osim.malaysia/
OSIM YT: https://www.youtube.com/user/OSIMMY
OSIM YT uNano Series Massage Chair: https://youtu.be/OezvZbrpgSA

Destination: