Kena Kerja Dari Rumah? Jangan Risau Korang Akan Lebih Efisien Dengan 'Surface Pro X' Ini!

GAYA HIDUP
March 27, 2020 - 02:14 PM


Ketika Malaysia dan dunia dilanda dengan penularan COVID-19, banyak negara yang telah mengarahkan lockdown dan perintah berkurung kepada rakyatnya bagi mengekang wabak itu.

Di negara kita sendiri, Perintah Kawalan Pergerakan selama 28 hari dikuatkuasakan yang memaksa rakyat duduk di rumah bagi memutuskan rangkaian penyebaran virus berkenaan.

www.gloo.com.my

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, majoriti rakyat kini terpaksa bekerja dari rumah dan melakukan aktiviti harian seperti membeli-belah atau berniaga juga dilakukan secara dalam talian.

www.gloo.com.my

Ini ada satu khabar gembira kepada mereka yang bekerja dalam bidang profesional atau menjalankan perniagaan menggunakan komputer atau laptop agar lebih efisien.

Microsoft telah melancarkan penjualan SURFACE PRO X iaitu laptop 2-dalam-1 yang paling nipis dan berkuasa setakat ini untuk pasaran Malaysia.

www.gloo.com.my

Dalam erti kata mudah, Surface Pro X adalah komputer yang boleh ditanggalkan daripada papan kekunci untuk berubah menjadi sebuah tablet.

www.gloo.com.my

Surface Pro X yang berukuran hanya 7.3mm dan seberat 774g itu ditujukan khas kepada penghasil kandungan yang memerlukan sebuah mesin bermobiliti tinggi.

Menariknya, Surface Pro X ini juga satu-satunya komputer riba dalam portfolio Surface yang dilengkapi dengan modem LTE paling laju untuk sambungan internet dan Wifi.

www.gloo.com.my

Malah, di bahagian paparannya juga dilengkapi dengan panel PixelSense seluas 13″.

Laptop ini juga diperkasa dengan CPU Microsoft yang baharu iaitu Microsoft SQ1, hasil kerjasama mereka dengan Qualcomm.

www.gloo.com.my

Menggunakan senibina ARM, Surface Pro X mampu memberikan waktu berkhidmat yang lebih lama kepada pemiliknya berbanding CPU konvesional X64 iaitu sehingga 13 jam dan turut dilengkapi sistem pengecasan pantas untuk isian 80% hanya dalam masa sejam.

www.gloo.com.my

Salah satu ciri unik yang dimiliki Surface Pro X adalah tempat penyimpanan Surface Pen -- di mana terdapat satu lekuk khas atas papan kekunci yang turut berfungsi sebagai pengecas kepada stylus itu.

www.gloo.com.my

Jadi anda tidak perlu risau akan kehilangan pen tersebut atau berdepan dengan pen yang tiada kuasa.

www.gloo.com.my

Bagi yang ingin mendapatkan Surface Pro X ini, ia mula dijual dengan harga RM 4,599 untuk konfigurasi RAM 8GB dan storan 128GB.

Manakala bagi varian tertinggi iaitu RAM 8GB dan storan 256GB dijual pada harga RM5,799.

www.gloo.com.my

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Surface Pro X ini, boleh layari www.gloo.com.my/Surface-Pro-X atau boleh juga didapati di https://www.lazada.com.my/shop/gloo-store.

Memandangkan negara kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April depan, semua pembelian dalam talian di Gloo & Lazada akan dihantar secara PERCUMA terus ke rumah anda.

www.gloo.com.my

 

Destination: