2 Juta Jemaah Tiba di Mekah Tunaikan Ibadah Haji

GAYA HIDUP
September 05, 2017 - 11:38 AM


Dengan rasminya permulaan Ibadah Haji tahunan, Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan kedatangan 2 juta jemaah haji ke Kota Suci Mekah.

Arab Saudi memikul tanggungjawab untuk menyusun dan mengendalikan ibadah haji, di bawah penyeliaan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz, serta Putera Mahkota Mohammad bin Salman.

"Menjadi tuan rumah ibadah Haji merupakan satu penghormatan dan tanggungjawab yang besar kepada Kerajaan Arab Saudi, satu tugas yang amat kami sukai.  Kami bersungguh-sungguh dalam memastikan kebajikan Jemaah Haji dan keutamaan kami ialah mengalu-alukan semua individu dari seluruh pelosok dunia di waktu mereka ingin melaksanakan perintah agama dan kerohanian ini,"  kata Yang Teramat Mulia Dr. Awwad Alawwad, Menteri Kebudayaan dan Maklumat.

Mengalu-alukan Dunia

Tahun ini, jemaah haji datang daripada berpuluh-puluh negara.  Antara warga negara lain yang dialu-alukan oleh Arab Saudi ialah:

  • 184,000 jemaah dari Pakistan
  • 170,000 jemaah dari India
  • 127,000 jemaah dari Bangladesh
  • 90,000 jemaah dari Turki
  • 41,200 jemaah dari Malaysia
  • 23,500 jemaah dari Rusia
  • 12,700 jemaah dari China
  • 6,000 jemaah dari Filipina
  • 3,500 jemaah dari Afrika Selatan

Angka Haji 

Kira-kira 94 peratus jemaah tiba menggunakan jalan udara.  Untuk mengurangkan kesesakan dan membantu perjalanan penumpang dengan lancar, lapangan terbang Jeddahdan Madinah telah membina terminal khusus untuk jemaah haji.

Sebahagian jemaah datang dengan menaiki bas, van mini dan kereta.  Tahun ini, lebih 30,000 kenderaan telah tiba.  Terdapat lebih 17,000 bas khas yang dikendalikan oleh lebih 22,000 pemandu untuk membawa jemaah dalam kawasan haji.

Semasa Haji, lebih 2.64 juta makanan diedarkan setiap hari.  Lebih 2,000 Pihak Berkuasa Bulan Sabit Saudi telah digunakan di Mekah, Madinah dan tapak-tapak suci yang lain untuk menyediakan perkhidmatan ambulans kepada jemaah haji.

Menurut Kementerian Kesihatan Saudi, lebih 2,100 prosedur perubatan percuma telah diberikan kepada jemaah.

Haji bagi Jemaah 

Melangkaui bilangan yang mengagumkan dan usaha logistik yang berkitar dalam pengurusan logistik Haji, ibadah Haji merupakan saat kerohanian individu dan jemaah yang mendalam, ketika umat Islam, tanpa mengira umur dan latar belakang, berhimpun untuk melaksanakan ibadah agama.

Salah seorang jemaah tertua tahun ini ialah Mariah Marghani Muhammad yang berusia 104 tahun dari Indonesia.  Bagi beliau, dan juga yang lain, banyak perkhidmatan telah disediakan untuk memastikan mereka selesa ketika berada di Arab Saudi. 

Teknologi Moden 

Walaupun Haji merupakan salah satu ibadah ziarah yang tertua di dunia, ia menggabungkan teknologi moden untuk meningkatkan pengalaman jemaah dan memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka.  Untuk tujuan ini, setiap jemaah telah dibekalkan dengan gelang pengenalan elektronik yang mengandungi maklumat peribadi dan perubatan yang membolehkan pihak berkuasa Haji mengenalpasti individu dan memberikan rawatan yang diperlukan.

Gelang kalis air dan dibolehkan GPS ini memaklumkan jemaah tentang waktu solat dan menampilkan meja bantuan pelbagai bahasa bagi jemaah yang bukan penutur Bahasa Arab.

Kementerian Kebudayaan dan Maklumat Arab Saudi telah melancarkan dua portal - Hajj2017.org dan SaudiWelcomesTheWorld.org – untuk memberikan bantuan selanjutnya kepada jemaah selain memberikan seluruh dunia, termasuk media global, maklumat dan kemaskini ketika tempoh berlangsungnya Haji.

Ibadah Haji berakhir pada 4 September.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: 
Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC)
Kementerian Kebudayaan dan Maklumat, Kerajaan Arab Saudi 

Telefon: +966-53-839-3535
emel: [email protected] 
Twitter: @CICSaudi