
3 Kegunaan Minyak Kelapa Yang Boleh Buat Anda Kelihatan Gojes
GAYA HIDUPRamai yang tak sedar yang sebenarnya sesetengah barang yang ada di dapur boleh digunakan untuk kecantikan. Selain daripada cuka cider epal, minyak kelapa juga adalah salah satu bahan yang selalu digunakan sebagai produk DIY untuk kecantikan.

Bukan hanya terbukti secara klinikal, malah selebriti seperti Miranda Kerr dan Kourtney Kardashian juga sering menggunakan bahan ini untuk mengekalkan kecantikan mereka.
Anda nak tampil cantik dan gojes macam diorang? Gunakan minyak kelapa untuk 3 perkara ini :
#1 Makeup remover
Menurut Dr. Carl Thornfeldt, pengasas produk penjagaan kulit Epionce, minyak kelapa adalah selamat digunakan sebagai makeup remover.
Menurut pakar kulit, minyak ini mempunyai anti oksidan yang boleh mengurangkan keradangan pada kulit selain memberikan banyak manfaat.
Cara kegunaan : Titiskan minyak kelapa dihujung jari dan gosok sehingga menjadi cecair. Ratakan di bahagian keliling mata untuk menghilangkan solekan anda kemudian bilas dengan air suam untuk buang segala baki minyak.
#2. Krim Mencukur kaki
Menurut Suozzi, minyak kelapa adalah selamat digunakan sebagai pengganti krim pencukur. Selain dapat melindung daripada trauma mikro kesan daripada pisau cukur ke atas kulit, ia juga bertindak sebagai pelembab.
Cara kegunaan : Tuangkan satu sudu minyak kelapa dan sapukan pada kaki sebelum bercukur.
#3. Mencantikkan bibir
Selain daripada bibir merekah akibat cuaca yang panas, kekurangan air juga boleh menyebabkan bibir kita merekah. Minyak kelapa boleh membantu masalah ini sekiranya anda kehabisan lipbalm.
Menurut beberapa blogger kecantikan, beberapa bahan seperti gula dan peppermint oil juga boleh ditambah untuk mewangikan balm tersebut.
Cara kegunaan : Anda Cuma perlu bawa minyak kelapa ini dalam bekas kanta sentuh anda, sapukan pada bibir bila perlu. Senang kan?
Kat rumah ada minyak kelapa? Cubalah...
Sumber : Insider
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video