4 Online Service Delivery Untuk Barang Dapur Di KL Dan Selangor

GAYA HIDUP
January 18, 2021 - 02:05 PM


Setakat 17 Januari 2021, jumlah kes baru setiap hari semakin meningkat kepada 3,339 kes semalam. Walaupun kita dibenarkan untuk shopping ke supermarket, tapi kalau boleh korang duduk la rumah. Bahaya sangat dah ni. Jangan risau, korang masih lagi boleh beli barangan dapur dari rumah menggunakan online service tau. Ini adalah 5 servis delivery untuk korang guna di rumah.

 

1) Tesco Online

Korang boleh order secara online melalui Tesco Online's Website dan book slot untuk delivery. Slot delivery untuk Tesco pula adalah dari 8 pagi hingga 10 malam je tau. 

Harga: RM6 - RM10 (Free Delivery untuk RM200 ke atas)

 

2) Mydin Express

Semua order yang dibuat sebelum 10 pagi akan dihantar pada hari yang sama pada pukul 2pm hingga 7pm. Kalau lepas pukul 10, penghantaran akan dibuat pada keesokan harinya pada waktu yang sama. 

Delivery hanya untuk kawasan poskod terpilih sahaja

 

3) AEON

Hantya membuat servis delivery bagi kawasan dalam lingkungan 10km dari pasaraya mereka. Korang juga boleh order online melalui Whatsapp tetapi hanya boleh bayar cash sahaja (gambar di atas). 

Harga: Bermula dari RM8

 

4) Jaya Grocer

Korang boleh pergi ke website ni dan pilih Express Delivery. Memang mudah dan harga delivery pun antara yang termurah dalam list ni.

Harga: Bermula dari RM8 (Free Delivery untuk RM50 ke atas)

 

Tak Perlu Keluar Rumah, Stay At Home Please

Dengan teknologi yang ada zaman sekarang ni korang dah tak perlu lagi keluar rumah untuk beli barang keperluan. Beli online je okay? Sama-sama kita bantu 'flatten the curve' untuk kes aktif COVID-19 pada PKP 2.0 ni. 

 

Destination: