4 Sebab Korang Mengantuk Lepas Berbuka
GAYA HIDUPMesti ramai antara korang yang akan berasa ngantuk selepas berbuka, ataupun selepas makan pada waktu sahur, membuatkan badan korang rasa sangat berat untuk melakukan ibadah lain.
Walaupun perkara tersebut sebenarnya agak biasa, menurut Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang, perkara itu boleh jadi tidak normal.
Berikut adalah 4 sebab kenapa korang mengantuk selepas berbuka:
1. Tindak balas sistem pencernaan
Selepas seharian tak makan, sistem pencernaan korang akan memecahkan makanan kepada nutrien dan mengubahnya menjadi glukosa, yang menjadi sumber tenaga kepada badan. Selepas makan, badan akan mengeluarkan hormon seperti, as amylin, glucagon, dan cholecystokinin untuk meningkatkan tahap gula dalam badan, menyebabkan rasa kenyang. Pada waktu yang sama, otak akan mengeluarkan hormon serotonin yang menyebabkan korang mengantuk.
2. Jenis makanan
Pemilihan makanan pada waktu berbuka amat penting, makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi dan makanan yang kaya dengan protein, seperti daging, ayam, telur, ikan, bayam, keju kacang soya, mengandungi asid amino tryptophan. Asid amino tersebut digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin yang menyebabkan ngantuk.
3. Tabiat tidur
Ramai antara kita yang mengamalkan rutin tidur yang berbeza pada bulan Ramadan, ada yang tidur lebih awal daripada biasa, ada yang berjaga bagi menunggu waktu sahur. Perubahan pada corak tidur turut akan menyebabkan korang menjadi cepat ngantuk. Selepas makan, badan korang akan berasa kenyang dan rileks, seakan akan sedang berehat, jadi korang akan rasa cepat ngantuk terutama sekali bila malam sebelumnya korang tak dapat tidur yang berkualiti.
4. Tahap kesihatan
Kalau korang selalu sangat berasa mengantuk, ianya mungkin menjadi tanda-tanda kepada penyakit seperti Celiac, Anemia, food intolerance, alahan, sleep apnea, atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif. Jadi sekiranya keadaan tersebut berterusan, korang dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor.
Sumber: Astro Awani