4 Tips Sebelum Kita Mula Bersukan Setelah Lama 'Bercuti'

GAYA HIDUP
September 09, 2021 - 01:00 PM


Setelah lama kita 'bercuti' dari bersukan, akhirnya kita sudah boleh memulakan rutin sukan kita seperti dulu! Sebelum kita start engine yang telah lama kita tinggalkan, ini antara tips yang berguna untuk kembali aktif!

Fakta penting: Sebelum mencuba semua tips yang berikut, anda perlu fahami dan perhatikan perubahan yang berlaku terhadap badan anda selama dua minggu. Contohnya, terdapat bahagian badan anda yang sakit atau ketidakselesaan.

1. Warm-Up dan Cool Down

Pentingnya pemanasan badan ataupun regangan sebelum bersukan adalah untuk mengelak berlakunya kecederaan dan menjaga fleksibiliti badan. Warm-Up juga penting untuk mengelak salah satu perkara yang dibenci iaitu Cramp! 

Cooling Down pula dilakukan selepas kita bersukan berfunsgi untuk kembalikan kadar degupan jantung kepada kadar yang berehat. Berhenti secara mengejut selepas bersukan boleh menyebabkan pening atau pengsan. Antara cool down yang boleh kita lakukan contohnya berjalan selepas berlari.

2. Pakaian Sukan Yang Bersesuaian

Pakaian sukan yang sesuai dan lengkap amat penting untuk mengelak dari kecederaan, terutama sekali pemakaian kasut yang sesuai. Kasut yang selesa dan mengikut bentuk kaki anda mampu memberi pengalaman sukan yang baru untuk anda! 

Elakkan dari memakai kasut yang sudah 'botak' atau tiada cushioning system atau 'span' yang boleh menyebabkan ketidakselesaan.

3. Persediaan Yang Rapi: Nutrisi dan Penghidratan


Minum air secukupnya adalah penting untuk kesihatan tubuh badan dan juga menjaga prestasi anda ketika bersukan. Jika kita dehydrated ketika bersukan, kadar peluh yang keluar akan berkurangan dan juga menyebabkan kita cepat keletihan. Pemakanan juga penting. Makan 2 jam sebelum kita bersukan amat membantu kita untuk mempunyai tenaga yang secukupnya.

4. Bermula Dengan Intensiti Yang Rendah

FAKTA PENTING: JANGAN PUSH DIRI ANDA KETIKA SESI YANG PERTAMA

Permulaan yang bersahaja bukan sahaja mampu memotivasikan anda untuk terus bersukan, malah mampu melatih badan untuk mula biasa dengan pergerakan ketika bersukan. Anda juga mampu untuk elak dari kecederaan dari sesi yang pertama. Plan rutin anda dari hari pertama dan seterusnya. Tingkatkan level kesukaran apabila anda rasa badan anda sudah bersedia untuk melakukan aktiviti sukan yang lebih mencabar.Antara aktiviti sukan permulaan yang anda boleh lakukan adalah brisk walk selama 20 minit.

Apa jua sukan atau aktiviti yang anda gemar, langkah yang pertama anda ambil adalah membuat keputusan untuk melakukannya. Itu adalah kejayaan pertama anda! Pada awalnya, anda akan menghadapai kesukaran untuk bersukan, namun jangan give up! Terus amalkan gaya hidup sihat dan sentiasa jaga SOP! Stay Safe!