5 Bahan Di Rumah Yang Boleh Lebatkan Bulu Kening!

GAYA HIDUP
April 06, 2021 - 06:16 PM


Mempunyai bulu kening yang lebat ini mesti menjadi impian setiap orang terutama sekali korang yang kena lukis kening setiap hari. Bukan sahaja lukis, ada sesetengah yang sanggup membuat rawatan bagi melebatkan bulu kening. Tapi sebenarnya, ada lima bahan yang korang boleh dapatkan di rumah yang boleh membantu korang lebatkan bulu kening. 

1. Bawang Merah

Bawang merah mengandungi sulfur, selenium, mineral, vitamin B dan C yang sangat baik untuk pertumbuhan rambut, yang turut akan membantu pertumbuhan bulu kening. Kandungan nutrisi tersebut dapat membantu pertumbuhan bulu kening dengan cepat, dan bulu yang lebih padat.

2. Minyak Lavender

Selain nak bulu kening tumbuh dengan banyak, korang kena juga pastikan akar bulu kening korang kuat untuk kurangkan bulu kening yang gugur. Sapu minyak lavender pada bahagian kening untuk menguatkan akar bulu kening. Bau minyak lavender juga dapat menenangkan minda tau! 

3. Minyak Kelapa

Minyak kelapa kaya dengan protein serti nutrisi seperti vitamin E dan zat besi yang dapat melebatkan bulu kening, selain menyihatkan bulu-bulu yang tumbuh. 

4. Minyak Zaitun 

Minyak zaitun mengandungi vitamin A, dan E yang dapat membantu pertumbuhan rambut, dan merangsang penghasilan sebum-- minyak semula jadi tubuh yang membantu mengekalkan rambut yang sihat. 

5.Tea Tree Oil

Seperti minyak kelapa, tea tree oil dapat merangsang pertumbuhan dan ketebalan bulu kening sambil meningkatkan kesihatan sel dan folikel. Untuk menampakkan hasil, sapukan tea tree oil pada bulu kening sebelum tidur dan biarkan semalaman. 

Sumber: mStar