5 Cara Unik Untuk Deko Bilik Tidur Anda Zaman Sekarang

GAYA HIDUP
July 08, 2020 - 03:01 PM


Musim PKP ni ramai juga yang makeover bilik tidur diorang kan. Oh ya, kita masih dalam PKP okay jangan lupa tu. Anyway, ini adalah 5 deko unik khas untuk bilik tidur korang.

1. Water Garden

Basically ini adalah mini aquarium dan garden in one place. You guys boleh tanam pokok di sini dan tak perlu siram lagi kerana air dan waste (tahi ikan) akan dipam untuk dijadikan sebagai baja. So korang Cuma perlu bagi makan ikan saja. Best kan?

2. Floating Bluetooth Speaker

Nak tarik perhatian orang bila masuk bilik korang? Letak saja bluetooh speaker terapung dalam bilik dan confirm orang akan kagum dengan teknologi ni. Dan korang juga boleh adjust light supaya sama dengan warna bilik korang.

3. Alarm Spy Camera

Alarm clock memang penting untuk korang bangun pagi, tapi apa yang lagi penting adalah keselamatan dan privasi korang. Dengan alarm camera ni orang tak akan tahu pun yang diorang dirakam sekiranya diorang masuk bilik korang tanpa izin. Not to mention, korang boleh tengok secara live juga, memang cool!

4. Floating Pot

Setiap bilik kena la ada daun hijau untuk buat bilik korang nampak fresh. Dan tak ada lagi item cool daripada pot terapung ni. Alang2 nak letak pokok dalam bilik, baik letak yang terapung terus betul tak?

5. Meural Canvas II

Apalah artinya bedroom makeover tanpa seni. Setiap bilik mesti kena ada frame art untuk menampakkan personaliti korang. Dengan frame ni korang boleh scroll lebih dari 30k art yang ada di seluruh dunia beserta description. Atau korang boleh upload apa2 gambar yang korang nak dan lukisan korang.

So itulah dia 5 gadgets terbaik untuk makeover bilik korang yang korang boleh beli di Amazon. Hopefully bilik korang akan jadi lagi cool lepas ni. Terima kasih kerana menonton dan jangan lupa untuk comment dan like video ni okay. Jumpa lagi dalam video Rileklah yang seterusnya.