5 Tabiat Yang Merosakkan Fungsi Otak Yang Korang Selalu Buat!

GAYA HIDUP
June 15, 2021 - 07:20 AM


Memang sekarang dah menjadi perkara biasa untuk kita menjaga penampilan fizikal sama ada bagi lelaki ataupun wanita, daripada menjaga bentuk badan sehinggalah menjaga cara pemakaian. Namun, masih ramai yang belum memberikan perhatian yang lebih kepada penjagaan kesihatan otak yang mampu menjamin produktiviti, serta meningkatkan kualiti aktiviti harian. 

Otak merupakan organ yang paling penting di dalam tubuh badan manusia yang menyampaikan maklumat kepada semua organ-organ lain di dalam badan agar badan kita dapat berfungsi dengan sepatutnya. 

Terdapat beberapa tabiat biasa manusia yang tidak dipandang serius yang berpotensi untuk memberi kesan kepada fungsi otak, sekaligus menjejaskan kesihatan tubuh badan. Berikut adalah 5 tabiat manusia yang mampu memberi kesan kepada fungsi otak. 

1. Penggunaan Headphone / Earphone

Min faham sangat yang mendengar lagu merupakan antara aktiviti kegemaran ramai orang bagi mengurangkan tekanan dan juga musik mampu memberikan ketenangan kepada sesetengah orang. Tapi, korang kena hati-hati apabila kerap sangat mendengar lagu dengan kuat menggunakan fon telinga / kepala kerana ianya mampu menyebabkan kehilangan memori, dan gangguan jaringan otak. 

2. Merokok

Amalan merokok memang terkenal sebagai antara penyebab kepada kanser, namun ianya juga merupakan antara sebab utama kehilangan ingatan. Sebab itu, rokok sangat berkait rapat dengan mereka yang menghidap penyakit Alzheimer. 

3. Kurang Berkomunikasi

Korang pernah dengar ayat yang agak terkenal 'berdiam diri itu lebih baik daripada berkata-kata' kan? Haa, sebenarnya ada betul juga, tetapi berkomunikasi dengan sihat adalah amat penting untuk meransang bahagian otak yang berfungsi mendatangkan idea yang lebih kreatif, serta menguatkan daya ingatan. 

Lagipun, min rasa berkomunikasi dengan orang yang korang percayai adalah lebih baik daripada berdiam diri dan pendam. Nanti sakit sorang-sorang, hehe. 

4. Makan Banyak

Makan banyak ni memang bahaya sebab korang akan terdedah dengan penyakit lain yang lebih langsung seperti obesiti, sakit jantung, dan kencing manis. Namun, apa yang korang tak tahu adalah makan dengan berlebihan juga akan menyebabkan gangguan kognitif ringan, di mana untuk senang cerita, akan buat korang susah untuk ingat benda. 

5. Tak Ambil Sarapan 

Ramai yang selalu skip sarapan kerana bergegas untuk memulakan hari dengan aktiviti pagi yang lain, dan selalunya hanya akan makan bermula pada waktu tengahari, kemudian waktu makan malam. Tetapi, sarapan pagi adalah amat penting untuk meningkatkan kadar gula dalam darah korang pada waktu pagi agar badan korang dapat berfungsi dengan sihat.