Duduk Ke Cangkung? Ini Posisi Terbaik Untuk Buang Air

GAYA HIDUP
June 15, 2021 - 07:07 PM


Sebelum min kongsikan tentang posisi terbaik ketika membuang air besar, ada satu fakta yang menarik. Walaupun di Malaysia kita memang dah terbiasa dengan pilihan tandas duduk, dan tandas cangkung, tapi korang tahu tak sebenarnya ada banyak negara dalam dunia, terutama sekali negara berkulit puith, dorang sebenarnya tiada tandas cangkung, dan memang kesemua tandas yang dorang ada adalah tandas duduk. 

Sebab itu, sebelum ini ada sebuah trend di mana orang berkulit putih disuruh mencangkung seperti pada posisi membuang air besar, dan kebanyakan daripada mereka tidak dapat mengimbangkan badan kerana tidak biasa dengan posisi tersebut, dan hanya mereka yang berdarah Asia sahaja yang berjaya melakukan trend itu. 

Baiklah, apabila bercakap tentang buang air, penyakit buasir dan sembelit adalah sesuatu yang kerap terjadi apabila badan mengalami dehidrasi atau tidak mengamalkan pemakanan yang sihat, jadi korang perlu pastikan yang korang mengamalkan pemakanan yang sihat, kerana membuang air secara teratur adalah bagus untuk kesihatan. 

Di Malaysia, kita sering diberikan pilihan sama ada ingin menggunakan tandas yang berbentuk duduk atau cangkung, dan tak dapat dinafikan ramai yang lebih selesa menggunakan tandas duduk berbanding mencangkung termasuk min sendiri sebab nak elak lenguh. 

Namun, menurut saintis dari Jerman, proses membuang air besar akan berjalan dengan lebih baik dan lancar di dalam posisi cangkung kerana ketika kita berada di dalam posisi cangkung, lubang rektum akan terbuka dengan betul dan sempurna. 

Namun, sekiranya hanya ada pilihan tandas duduk, jangan pula korang pergi cangkung atas tandas tersebut kerana boleh mendatangkan bahaya seperti tandas pecah, dan menyebabkan kecederaan sekiranya jatuh. 

Kalau di rumah korang menggunakan tandas duduk, antara perkara yang korang boleh buat bagi membantu situasi tersebut adalah dengan meletakkan kerusi kecil di bahagian depan meletakkan kaki di atas kerusi tersebut. Dengan ini, peha akan lebih dekat dengan badan, lebih kurang seperti korang berada di dalam posisi cangkung.