Takut Naik Badan Masa Lockdown? Ini 4 Cara Untuk Kekal Sihat Walaupun Terperap

GAYA HIDUP
June 03, 2021 - 06:27 PM


Sangat relatable bila orang kata yang duduk rumah ni bukan saja malas nak kerja, malah nak tidur awal pun susah, nak bersenam lagi lah takde motivasi sebab kita memang terperap di rumah je, rasa macam nak adakan rutin harian pun tak bersemangat sebab setempat je semua benda. 

Tapi, nak min ingatkan yang penting untuk korang teruskan degan gaya hidup yang sihat waktu terkurung di rumah macam ni, sebab badan korang tak bergerak, tak berjalan jauh, jadi senang untuk korang naik badan, lambat laun akan memberi kesan kepada tahap kesihatan fizikal, dan mental korang. 

Memang susah bila kita diberikan ruang untuk menghadap telefon sepanjang masa, dan katil, sofa, TV semuanya di depan mata. Tapi ini 4 langkah yang korang boleh cuba mulakan, untuk pastikan korang kekal sihat semasa total lockdown ni. 

1. ELAK MAKANAN YANG DIPROSES

Makanan yang diproses ini korang tahu kan? Macam hotdog, kentang goreng, nugget, senang cerita makanan yang disimpan beku, ataupun di dalam tin. Lagi-lagi yang jenis digoreng, memang tak berapa elok sebab berminyak, makan sekali sekala, tapi jangan selalu. 

Untuk gaya hidup yang lebih sihat, lebih baik kalau korang makan sumber protein tanpa lemak seperti ayam, ikan, dan sayur sayuran. 

2. BERSENAM

Hmm, yang ni memang min tahu susah untuk korang mulakan kalau tak biasa, tapi bersenam adalah sangat penting sebab bersenam waktu lockdown ni adalah satu-satunya aktiviti harian korang di mana korang bergerak aktif, kalau korang tak bersenam, nanti badan akan semakin lesu, metabolisme akan merudum, dan berat badan juga akan bertambah. 

Bersenam di rumah je, boleh ikuti jurulatih di Youtube, ataupun Facebook, untuk senaman setempat seperti HIIT, dan Tabata. Tak perlu lama-lama pun, 30 minit pun dah memadai. 

3. BERPUASA

Berpuasa dalam konteks ni bukanlah berpuasa seperti di bulan Ramadhan, tapi kalau korang nak berpuasa pada hari puasa sunat, sangatlah digalakkan. Tapi di sini, korang boleh cuba Intermittent Fasting di mana korang tak makan untuk beberapa jam dan hanya makan untuk beberapa jam. 

Tapi korang boleh minum air, jadi tak lah teruk sangat. Bagus untuk mengawal nafsu makan korang supaya korang tak melahap je dekat rumah tu. 

4. TIDUR BIAR CUKUP

Min sendiri pun struggle untuk tidur cukup 8 jam sehari, kadang-kadang sebab leka bermain dengan phone, sampai tak perasan jam dah masuk waktu tengah malam. Tapi tidur yang awal, dan cukup adalah penting untuk membenarkan badan menjalankan tugasan mereka ketika kita tidur. 

Paling syok, kalau korang dah biasa tidur awal, setiap pagi korang akan bangun dah rasa fresh gila! Pastikan untuk cuba langkah ni, korang elakkan diri korang dari menatap mana-mana skrin sebelum tidur. Kalau tidak, mesti gagal. 

Selamat mencuba, jom amalkan gaya hidup sihat!