5 Fakta Menarik Tentang Pancuran Meteor Geminids Yang Ramai Tak Tahu

GAYA HIDUP
December 05, 2017 - 01:23 PM


Pancuran Meteor ataupun meteor shower merupakan salah satu daripada fenomena alam yang cantik selain daripada Supermoon. Menurut kajian, Pancuran Meteor Geminids ini sering berlaku pada bulan Disember dan dikatakan akan berada pada waktu kemuncak pada 14 Disember.

Untuk anda, kami ada kumpulkan 5 fakta menarik berkenaan Pancuran Meteor Geminids ini…

 

#1. Meteor Geminid Sangat Terang

Cahaya yang terhasil daripada meteor ini adalah sangat terang. Anda boleh saksikan lebih kurang 120 objek bercahaya dalam satu jam.

Ini berlaku kerana serpihan debu dan batuan meteor ini terbakar setelah memasuki atmosfera bumi.

 

#2. Ekor Yang Panjang

Disebabkan bintang Gemini yang terang, meteor yang terhasil daripada bintang tersebut akan mempunyai ekor cahaya yang Panjang. Ini memudahkan anda untuk meyaksikannya.

 

#3. Berusia 200 tahun!

Pancuran metoer Geminids ini pertama kali ditemukan pada 200 tahun yang lalu. Dikatakan sekitar tahun 1833 berhampiran sungai Mississippi.

 

#4. Meteor Geminids menjadi semakin banyak setiap tahun

Sejak penemuan meteor ini, pancuran metoer yang terhasil dikatakan berjaya mengumpulkan banyak tenaga dan menjadi lebih kuat. Daripada 10 ke 20 bilangan meteor yang kelihatan sehinggalah 120 meteor dalam sejam dijangkakan pada tahun ini.

Kajian menunjukkan tarikan graviti planet Musytari (Jupiter) telah menarik serpihan asteroid itu supaya mendekati bumi. Ini secara tidak langsung menyebabkan pelanggaran lebih banyak serpihan dan menyajikan fenomena yang lebih cantik dan menarik untuk ditonton.

 

#5. Muncul pada awal malam

Tidak seperti sifat meteor lain yang hanya boleh dilihat selepas tengah malam, pancuran meteor Geminids akan boleh disaksikan seawall jam 10 malam waktu tempatan. Anda disarankan untuk ke kawasan lapang dan tengok kearah langit sekurang-kurangnya 30 minit untuk membiasakan mata dengan cahaya gelap.

Anda dinasihatkan untuk berbaring sebab pancuran meteor ini boleh kelihatan dimana sahaja.

 

Sumber : Space.com