5 Idea Untuk Jadikan "Balcony" Anda Tempat Lepak Yang Terbaik

GAYA HIDUP
April 30, 2018 - 04:33 PM


Posting ni hanya untuk mereka yang ada "balcony" dekat rumah. Al-maklumlah balcony ni memainkan peranan penting untuk menjadikan rumah sebagai tempat lepak yang selesa. Asyik lepak kat kedai mamak jer kan. Lepak kat balcony pun best juga. Tapi balcony mestilah di hias dengan menarik.

OK ini bagi mereka yang inginkan balcony rumah korang sebagai tempat lepak paling best. Boleh lah amik sedikit idea yang kami kongsikan ini.

1. Taman

Balcony berkonsepkan taman cukup popular. Setelah seharian di pejabat bila balik rumah boleh lepak di balcony yang berkonsepkan taman sudah pasti dapat kurangkan sedikit stress selepas bekerja. Minda pun bolehjadi fresh.

Selain itu, boleh juga tanam pokok herba di ruang balcony anda.

2. Ruang Terbuka

Bagi mereka yang tidak mempunyai balcony yang khusus boleh juga jadikan ruangan terbuka di rumah sebagai balcony anda.

3. Air

Untuk menambahkan ciri-ciri semulajadi dibalcony anda juga boleh menambahkan ciri-ciri bersumberkan air. Air terjun kecil ataupun kolam kecil mampu menjadikan suasana rumah anda lebih bersifat semulajadi.

4. Pragmatic

Tak perlu berlebihan cukuplah hanya sekadar ringkas dengan beberapa eliment bolehj menjadikan balcony anda cukup menarik

Boleh juga jadikan balcony anda sebagai dapur kedua untuk minum petang-petang.

Untuk mereka yang suka bersenam boleh juga jadikan balcony tempat gym. Boleh juga beriadah waktu lapang di balcony anda.

5. Ruangan Peribadi

Untuk mereka yang suka bersendirian boleh juga hias balcony anda dengan hiasan yang anda suka secara DIY.