
5 Keburukan Yang Ramai Tak Tahu Tentang Playboy Mansion…
GAYA HIDUPSejak pengasas majalah dewasa nombor 1 di dunia, Playboy meninggal dunia, bekas-bekas teman wanitanya mula menceritakan tentang sisi gelap kehidupan mereka di dalam rumah agam Playboy tersebut.
Hugh M. Hefner, merupakan seorang ikon Amerika yang memperkenalkan majalah Playboy pada tahun 1953. Semenjak itu majalah tersebut menjadi jenama yang terkenal ke serata dunia.
Bagi yang mengetahui cerita berkenaan Hefner, beliau ini terkenal dengan sikapnnya yang kaki perempuan. Tak heranlah kalau mereka ini dikumpulkan dirumahnya yang dikenali sebagai The Playboy Mansion tersebut.
Ini antara perkara yang didedahkan oleh ‘teman wanita nombor satu’ beliau iaitu Holly Madison. “Kehidupan didalam rumah agam tersebut ibarat toksik”.
#1. ‘Girlfriend’ yang dipilih oleh Hefner perlu melakukan hubungan seksual dengannya.
Seperti yang diketahui, gadis-gadis playboy ini atau bunny adalah pelayan di Playboy Club. Mereka ini perlu menghadiri sesi audition dan saringan sebelum diterima bekerja di club berkenaan. Kebiasaannya, jika Hefner mengadakan party, gadis – gadis ini akan dijemput dan disinilah Hefner menjalankan agenda jahat beliau. Dimana dia akan memilih mana-mana gadis untuk bersamanya di meja VIP dan kemudian, mereka ini akan ditiduri oleh Hef.
#2. Dipaksa mengambil dadah.
Kehidupan seorang playboy bunny di The Playboy Mansion ini ibarat sebuah persatuan frateniti. Jadi, bila ada persatuan macam ini, sudah tentu ada senior dan junior. Disinilah, terjadinya episod dimana ahli senior ini akan menawarkan sejenis dadah kepada yang junior. Kalau siapa yang terpengaruh tu memang diorang akan amik sebab dadah ini boleh membantu prestasi katanya…
#3. Senyuman dan kegembiraan mereka hanya lokonan semata.
Sebenarnya, hidup bersama Hefner penuh tersiksa. Disebabkan itu, mereka ini perlu pandai berlakon dan menunjukkan seperti mereka tiada masalah tinggal di rumah agam tersebut. Hal ini diakui oleh Holly sendiri.
#4. Terlalu banyak peraturan.
Kalau kita fikir, bila dah kerja di club, sudah tentu kehidupan sosial mereka best. Tetapi apa yang dihadapi oleh wanita-wanita ini adalah sebaliknya. Mereka perlu pulang ke Mansion seawal 9 malam. Tidak cukup disitu, mereka dilarang sama sekali untuk berjumpa atau bergaul dengan wanita-wanita lain di rumah tersebut.
#5. Menjadikan Playboy sebagai platform untuk berlakon filem.
Jangan fikir bukan-bukan, bukan filem dewasa yang kami maksudkan! Kebanyakkan daripada gadis yang menyertai Playboy Club adalah untuk mendapat tawaran lakonan di sana. Seperti Holly sendiri, beliau mengatakan bahawa tujuan dia menyertai club tersebut adalah untuk mendapat peluang berlakon di LA. Tetapi, keinginannya berubah setelah menjalani kehidupan di rumah agam Hefner.
Manakan tidak, mereka diberikan elaun sebanyak USD 1ribu untuk pakaian dan syaratnya mereka hanya perlu menghadiri setiap event yang dikendalikan oleh Heffner.
Nampaknya, kehidupan mereka bukanlah best sangat seperti yang digambarkan…
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video