5 Kedai Dalam Lembah Klang Untuk Mulakan Gaya Hidup Sisa Sifar (Zero Waste)

GAYA HIDUP
March 01, 2021 - 06:26 PM


Sekarang ini korang mesti dah lebih tahu tentang gaya hidup sisa sifar kan? Gaya hidup sisa sifar ataupun zero waste adalah gaya hidup dimana benda-benda yang korang consume setiap hari tidak akan mewujudkan apa-apa jenis sisa sampah, maksudnya korang akan beli barangan yang tiada packaging, cecair yang diisi di dalam bekas kaca yang sentiasa beleh diisi semula, dan setiap pembelian korang tidak akan menggunakan plastik. 

Nak mula mungkin agak kekok sebab korang mungkin tak biasa keluar rumah bawa beg kitar semula, ataupun bawa bekas sendiri untuk isi makanan yang korang nak takeaway, tapi perubahan-perubahan yang korang ambil ini akan membantu menjamin bumi kita yang lebih lestari pada masa hadapan. 

Ini 5 kedai sisa sifar dalam Lembah Klang untuk korang kickstart gaya hidup sisa sifar!

1. Bring Your Own Bottle (BYOB) Damansara Kim, Petaling Jaya 

BYOB Damansara Kim ini memang terkenal sebab dorang asaskan kedai tersebut untuk menjadi kedai sisa-sifar yang mampu milik, kerana ada yang beranggapan bahawa gaya hidup sisa sifar ini agak "mahal". 

Korang boleh bawa botol ataupun bekas korang sendiri untuk membeli-belah dekat BYOB ini, dan dorang terkenal dengan cecair cuci baju yang mesra alam. Setiap kali apa-apa cecair korang habis, bawa sahaja bekas yang sama, dan isi semula. Yang penting, takde sampah!

2. A Bit Less Bulk Store, Kepong Baru 

Sama sahaja seperti kedai-kedai sisa sifar yang lain, korang kena bawa bekas sendiri. Dekat sini, korang boleh beli barang dapur kering yang selalunya datang dalam plastic packaging, tapi dekat sini korang boleh beli ikut berat timbang, barangan seperti beras, bijirin, kacang-kacang, buah-buahan kering, tepung, kudapan, dan banyak lagi barangan kering dapur yang lain. 

3. NUDE The Zero Waste Store Seksyen 19, Petaling Jaya 

Perkataan nude dalam Bahasa Inggeris bermaksud bogel, sebab barangan di kedai ini memang langsung takde packaging. NUDE menjual pelbagai barangan seperti rempah ratus, cecair basuhan, serta barang keperluan harian seperti sabun mandi dan pencuci rambut. 

Paling best, dorang tiada minimum amount, kalau korang hanya perlukan sesudu, beli je sesudu. 

4. The Hive Bulk Foods, Bangsar / Intermark / TTDI 

The Hive ini memang nama yang tidak asing, dorang dah establish awal-awal lagi dan memang sudah dikenali, dorang punya outlet pon dah banyak di Lembah Klang. Kedai ini sesuai untuk korang mulakan gaya hidup sisa sifar korang. The Hive Bulk Foods menjual pelbagai jenis barangan termasuk keperluan untuk korang bermula seperti bekas-bekas yang boleh dikitar semula. 

Dorang pon ada jual tuala wanita yang boleh dibasuh dan dipakai semula!

5. Seedy Zero Waste Store Kota Kemuning, Shah Alam. 

Good news untuk orang Shah Alam, dekat area korang pon ada satu. Seedy Zero Waste Store juga mengasaskan kedai tersebut dengan konsep bahawa sisa sifar itu bukan sesuatu yang mahal. Kedai mereka juga sangat low-profile. Korang boleh dapatkan alatan dapur, barangan cucian, makanan kering, dan barangan skincare. 

Jadi, bagi korang yang nak sama-sama melestarikan bumi kita dan mengurangkan pengumpulan sisa, jom singgah ke kedai-kedai ini! Jangan lupa, bawa bekas sendiri! 

Destination: