"Ni Bukan Bilik Sewa, Ni Liang Lahad!" - Netizen Kecam Harga Sewa Bilik Kat KL Level Kapitalis

GAYA HIDUP
August 01, 2022 - 12:10 PM


Menjalani kehidupan di kota raya pada hari ini tidaklah seindah yang disangka.

Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, ada dalam kalangan anak perantau terpaksa ikat perut dan hidup dalam suasana cukup daif di ibu negara.

Terbaharu, viral perkongsian seorang wanita di Twitter mengenai harga bilik sewa di Maluri, Cheras yang disifatkan tidak masuk akal.

"Selamat pagi kecuali owner rumah dekat Kuala Lumpur (KL) yang sewa bilik macam ni," tulisnya di kapsyen.

Foto yang dikongsikannya memaparkan sebuah bilik sempit yang hanya mampu memuatkan tilam single dan dilengkapi sebuah kipas dinding disewakan pada harga RM300 sebulan.

Selain tilam yang diletakkan di atas lantai, kelihatan satu plug elektrik turut disediakan dalam bilik berkenaan.

"Kononnya terpaling dekat dengan LRT, Pavilion, KLCC view mak nyah dia," tulis wanita itu lagi.

Susulan itu di ruangan komen, beberapa individu yang pernah menyewa bilik hampir sama seperti wanita terbabit turut berkongsi pengalaman dan kisah mereka.

Menurut pelayar Twitter dikenali sebagai @AcikAziz1, dia menyewa seramai empat orang di bilik berkenaan dengan harga lebih RM400 pada tahun 2014

"Murah! 2014 pernah sewa bilik saiz lebih kurang macam ni harga RM400 lebih, kongsi empat orang, ada tiga team. Kat Taman Maluri. Zaman-zaman kolej dulu.

"Kami panggil bilik neraka. Seksanya perjuangan nak dapat sekeping skrol. Masa graduasi bila ingat balik, kami semua nangis atas pentas," tulisnya.

Beberapa netizen turut 'geleng kepala' melihat keadaan bilik itu sehingga ada yang menyamakannya seperti bilik mayat dan bersaiz liang lahad kubur.

"Ini macam bilik sewa dekat Seoul, Korea tapi dekat sana rumah sewa memang mahal. Tuan rumah ni memang ambil kesempatan betul.

"Mahu sesak nafas kau kak duduk dalam bilik kecil tak bertingkap macam tu. Cari tempt lain la. Ada yang lagi baik. Pemilik tu pun nak kaut untung agak-agak la.

"Kalau jenis yang selalu lupa akhirat boleh lah duduk sini. Mengingatkan kita kepada alam barzakh terus.

"Saya pernah sewa bilik macam ni. RM250, terdesak wei.

"Ni bukan bilik sewa, ni bilik mayat," tulis beberapa netizen.

Destination: