6 Pekerjaan Paling Best Dan Mendapat Permintaan Tinggi di Malaysia Yang Korang Patut Try

GAYA HIDUP
April 15, 2019 - 04:43 PM


Persaingan untuk mendapatkan kerja di Malaysia kini semakin hari semakin terhad. Dengan jumlah para graduan semakin bertambah membuatkan persaingan untuk mendapatkan kerja semakin susah. Hanya mereka yang mempunyai kemahiran dan keputusan peperiksaan yang cemerlang diutamakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada. 

Para majikan pula lebih gemar untuk mengambil calon-calon yang berpengalaman, sekali gus membuatkan mereka yang lepasan universiti ini begitu susah untuk menempatkan diri di dalam jawatan yangh diidamkan.

Buat mereka yang menggalas title freshgrad korang jangan risau masih banyak lagi pekerjaan di Malaysia ini yang korang boleh buat untuk menyara hidup korang dalam alam pekerjaan. Yang penting pekerjaan ini lagi best dan menguntungkan. 

Berikut kami kongsikan 6 bidang kerja yang mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia tanpa memerlukan pengalaman yang banyak. 

1. Jualan Dan Pemasaran

Bidang ini memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan dalam menghadapi persaingan perniagaan yang makin sengit. Ia juga melibatkan fokus dalam penjenamaan dan lapangan digital untuk mendekati pelanggan.

  • Gaji Eksekutif: RM2,800 – RM18,000
  • Gaji Pengurus: RM5,000 – RM30,000
  • Gaji Pengurus Kanan / Pengarah: RM12,000 – RM50,000

2. Informasi Dan Teknologi

Seiring dengan komunikasi digital, bidang ini terus mendapat perhatian para majikan. Teknologi akan terus berkembang dan permintaan terhadap produk akan semakin meningkat. Jadi permintaan terhadap kerjaya Jurutera Perisian atau Pakar dalam data sangat tinggi.

  • Gaji Junior Exec / Fresh Grad: RM1,800 – RM6,500
  • Gaji Senior Exec: RM3,500 – RM30,000
  • Gaji Pengurus: RM8,000 – RM20,000
  • Gaji Pengurus Kanan / Pengarah: RM10,000 – RM50,000

3. Kewangan Dan Akaun

Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, seorang yang pakar dalam pengurusan risiko kredit dan kewangan dalam syarikat amat diperlukan. Golongan ini penting dalam menghasilkan laporan kewangan dan prestasi syarikat. Jadi, sudah tentu permintaan terhadap mereka yang berada dalam bidang ini juga meningkat.

  • Gaji Fresh Grad: RM1,500 – RM2,500
  • Gaji Exec: RM1,800 – RM4,000
  • Gaji Pengurus: RM8,000 – RM15,000
  • Gaji Pengurus Kanan: RM6,000 – RM25,000
  • Gaji Pengarah: RM12,000 – RM53,000

4. Perkhidmatan Pelanggan

Pelanggan adalah raja dalam perniagaan. ‘Pelanggan sentiasa betul’ memerlukan mereka yang boleh melayan karenah dan permintaan pelanggan. Sekiranya pelanggan berpuas hati dengan layanan diberikan, ia juga memberi impak kepada prestasi syarikat atau jualan produk. Oleh itu, pegawai khidmat pelanggan terbaik diperlukan dalam memenuhi karenah pelanggan.

  • Gaji Eksekutif: RM2,800 – RM18,000
  • Gaji Pengurus: RM5,000 – RM30,000
  • Gaji Pengurus Kanan / Pengarah: RM12,000 – RM50,000

5. Makanan Dan Minuman / Pelancongan / Hospitaliti

Bidang ini tidak akan pernah sunyi dan sentiasa mendapat sambutan kerana ia melibatkan keperluan awam seperti hospitaliti, makanan dan minuman. Oleh itu, ruang sentiasa terbuka dalam bidang ini dan majikan sentiasa memerlukan pekerja yang sesuai dalam memenuhi pasaran kerjaya. Contoh kerjaya dalam bidang ini adalah pengurus outlet, eksekutif hotel, chef, pemasaran dan jualan, krew & pelayan dan sebagainya.

  • Gaji Fresh Grad / Junior Exec: RM1,200 – RM2,800
  • Gaji Senior Exec: RM2,300 – RM5,500
  • Gaji Pengurus: RM4,000 – RM10,000
  • Gaji Pengurus Kanan / Pengarah: RM5,000 – RM12,000

6. Media Baru & Komunikasi Pemasaran 

Selari dengan pembangunan dunia digital, bidang media baru dan komunikasi pemasaran kini mula berkembang pesat di Malaysia. Rata-rata mereka seawal umur 16 tahun sudah boleh menjana income sendiri melalui saluran media sosial. Agak memeranjatkan pendapatan mereka kini boleh mencecah RM20K setiap bulan bergantung kepada jumpa follower di media sosial masinh-masing. 

Antara pekerjaan di bawah media baru ini yang korang boleh cuba adalah Instafamous, Penulis blog, Photographer, Traveller dan banyak lagi. Pekerjaan ini tidak memerlukan pengalaman yang banyak, namun cukuplah dengan kretiviti yang ada dan personaliti masing-masing. 

  • Gaji Instafamouse: RM5,000 - RM20,000
  • Penulis / Editor: RM2,000 - RM4,000

Bagi anda yang masih mencari pekerjaan terutama mereka yang mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam bidang jualan, anda alu-alukan untuk menyertai kami di RILEKLAH.COM sebagai Sales Executive. 

Anda kreatif dan berperwatakan menarik serta mempunyai ayat-ayat power dalam mempengaruhi seseorang? Suasana bekerja yang riang  dalam waktu bekerja fleksibel dan ganjaran memberangsangkan.  

Anda mungkin sesuai untuk jawatan di Rileklah.com.

Kami mencari mereka yang sesuai untuk bekerja dengan kami yang penting perlu:

  • Ceria
  • Bermotivasi tinggi
  • Mampu bekerja dalam kumpulan
  • Kreatif dalam pelbagai tugasan

Boleh hantar resume anda di [email protected]