5 Perangai Menarik Dan Unik Yang Hanya Orang Malaysia Jer Buat

GAYA HIDUP
August 26, 2022 - 12:57 PM


Wabak Pandemik Covid-19 yang telah melanda negara banyak mengajar kita tentang erti menghadapi cabaran dalam meneruskan kelangsungan hidup kita. Namun, disebalik apa yang berlaku, terbukti rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati dan jelas terpapar sifat tolong-menolong antara satu sama lain lebih-lebih lagi ketika ditimpa kesusahan.

Saya berasa amat bangga saya orang Malaysia kerana walaupun kita terdiri dari pelbagai kaum, budaya dan agama, kita boleh mengeratkan silaturahim antara kaum.  Inilah  yang menjadikan Malaysia unik dan harmoni.

Jadi, sempena Hari Kemerdekaan yang ke-65, jom kita lihat sifat-sifat kelakar yang konfem orang Malaysia je boleh faham dan pernah buat.

#1. Tepati Masa

Rakyat Malaysia ni sebenarnya memang tepati masa, cuma ada certain time je lah. Contohnya, lunchtime, lepas tu waktu balik. Confirm tepat waktu dia. Kan? Tak percaya, cuba masuk mana-mana office dan berurusan time lunch or dah nak balik. Mesti diorang cakap, sorry staff dah keluar/balik. Hehe…

#2. Tak Boleh Decide Nak Makan Mana

Soalan paling susah untuk kita jawab dalam kehidupan seharian. Lepas sorang, sorang tanya. Kadang-kadang sampai setengah jam duk tanya sana sini. Punyalah susah nak decide makan mana. Bila kita tanya mesti kita akan dapat jawapan.

#3. Semua Orang "Boss"

Semua orang Boss. "Boss, cuci kereta berapa?" "Boss, saya mau makan nasi campur ayam goreng." "BOSS! KIRA!" "Boss, bila mau bayar hutang?" Kita tak peduli pun siapa dia kerana semua orang adalah boss pada mata kita. Walaupun begitu, pelayan kedai mamak adalah golongan boss paling ramai yang bekerja bawah satu bumbung bersama-sama.

#4. Hantu Durian

Hanya orang Malaysia jer yang cakap bau durian tu wangi. Jika dahulu nak makan durian kena tunggu musim tapi sekarang setiap musim pasti akan ada durian. Daripada sebiji durian, orang kita boleh hasilkan macam-macam produk durian. Contohnya ada piza durian, puff durian, kerepek durian dan juga aiskrim durian. 

Terbaharu ada Aiskrim Nestlé Musang King

Ada 2 pilihan yang ditawarkan, anda boleh pilih sama ada Aiskrim Musang King Stick atau Musang King Pint! Tarikan utama aiskrim ini sudah tentu diperbuat dari raja segala buah, Durian Musang King yang autentik tau! Tiada bahan perisa atau campuran yang lain. 

Harga pun sangat berbaloi! Musang King Stick 75ml cuma berharga RM6.50 sebatang manakala Musang King Pint 750ml berharga RM28 sahaja. Bayangkan sambut Hari Kemerdekaan dengan berkelah bersama keluarga sambil menikmati aiskrim Nestlé Musang King, memang syahdu!

Beli dekat Shopee dan Lazada Nestle!

#NestleMusangKingIceCream #NestleIceCream

#5. Prihatin

Tak dinafikan. Ini memang rakyat Malaysia awesome! Memang prihatin antara satu-sama lain. Kalau ada apa-apa kejadian, mesti dialah yang pertama sampai, lepas tu snap gambar and update facebook. Confirm! Bukan nak bagi bantuan ke, callkan pihak berkenaan ke…

Ataupun, bila berlaku accident. Yang ni, memang selalu kita terkena. Jalan bukan main sesak, sebab ada kemalangan. Tapi, disebabkan kita ni terlalu prihati, kemalangan tu dekat lane bertentangan. Lane kita pulak yang sesak! Semua sebab kenderaan slow nak tengok kejadian tu. Itu belum masuk yang berhenti tepi dan pegi tolong amik gambar lagi… Tak pasal-pasal kita yang tersangkut…