Perangai Baik Orang Malaysia Yang Buat Orang Susah! Anda Salah Seorang Ke ?

GAYA HIDUP
September 28, 2017 - 04:32 PM


Orang Malaysia, kaya dengan budi bahasa, sopan santun, beradap dan banyak lagi lah nilai murni.

Walaupun boleh dikatakan benda ini dah semakin kurang, tapi tak dinafikan masih ramai lagi yang berjaya mengekalkan perkara murni ini.

Tapi, tahukah korang yang disebabkan nilai-nilai murni nilah ada menyebabkan orang lain susah.

 

#5. Terlampau Berhati-hati.

Berhati-hati ni memang bagus, sentiasa double check semua benda yang dia lakukan. Contoh, sebelum keluar kereta, check balik pintu untuk confirmkan dah betul – betul kereta itu berkunci. Itu dah betul dah. Hati – hati yang macam mana menyusahkan orang ni?

Yang bila nak order makanan dekat fast food atau nak keluarkan duit di atm.

Ha, mesti pernah kan? Bila time peak hour, orang ramai, barisan panjang, time ni lah dia nak baca menu satu – satu sebab undecided. Masa tu lah baru nak tanya makwe/pakwe nak makan apa.. time tu jugak nak buat scene drama kat situ… oi, orang belakang lapar. Cepat sikit boleh? Hehehe…

 

#4. Tepati Masa.

Rakyat Malaysia ni sebenarnya memang tepati masa, cuma ada certain time je lah. Contohnya, lunchtime, lepas tu waktu balik… Confirm tepat waktu dia. Kan? Tak percaya, cuba masuk mana-mana office dan berurusan time lunch or dah nak balik… Mesti diorang cakap, sorry staff dah keluar/balik… Hehe…

 

#3. Suka Jadi Yang ‘Paling’…

Cakap je apa, paling cepat, paling banyak like, paling dekat… Bagi dekat Malaysian. Kenapa saya berani buat statement macam tu, cuba tengok dekat kawasan perumahan korang yang ada kedai berdekatan. Mesti ada yang double park, sebab nak paling dekat atau pun itu cara yang paling cepat. Tak kiralah kalau diorang tu mengganggu lalu lintas ke tidak…Walaupun petak parking sebenarnya banyak lagi… Diorang ni jenis yang kalau boleh, nak drive through agaknya…

Yang nak sampai paling cepat ke rumah lepas kerja pun ramai... Itu lah yang laluan kecemasan pun... Dia main bedal je... pedulik apa katanya... 

 

#2. Prihatin.

Tak dinafikan. Ini memang rakyat Malaysia awesome! Memang prihatin antara satu-sama lain. KAlau ada apa – apa kejadian, mesti dialah yang pertama sampai, lepas tu snap gambar and update facebook. Confirm! Bukan nak bagi bantuan ke, callkan pihak berkenaan ke…

Ataupun, bila berlaku accident. Yang ni, memang selalu kita terkena. Jalan bukan main sesak, sebab ada kemalangan. Tapi, disebabkan kita ni terlalu prihati, kemalangan tu dekat lane bertentangan. Lane kita pulak yang sesak! Semua sebab kenderaan slow nak tengok kejadian tu. Itu belum masuk yang berhenti tepi dan pegi tolong amik gambar lagi… Tak pasal-pasal kita yang tersangkut…

#1. Suka Berahsia.

Ini memang popular lah. Daripada sekolah rendah lagi. Cuba ingat balik, masa dulu, kan kita suka tulis atau bertukar-tukar biodata dengan kawan. Iyelah, time tu belum ada Facebook. Paling best, bila sampai makanan kegemaran – rahsia. Minuman kegemaran- rahsia. Dah kalau rahsia, baik tak payah tulis. Betul tak? Siapa pernah buat macam ni?

Itu tak teruk lagi, yang jenis berahsia tapi boleh membawa susah kat orang lain ialah…. Semasa memandu. Aduhai.. Berahsia betul orang Malaysia ni. Simpang dah nak dekat, tiba-tiba main masuk je. Tak bagi signal. Terkejut orang belakang. Itu satu hal, yang jenis kalau ada kereta depan tunggu turn dia nak keluar simpang tu lagi sakit hati… Punya la kita tunggu, sebab ingat dia nak teruskan perjalanan, rupa-rupanya… dia masuk simpang pulak... Ish, itu belum masuk kes yang berahsia bila nak tukar lane atas jalan raya. Pun ada jugak geng-geng macam ni… Ish…

 

Jadi, anda ada ke terasa atau tergolong dalam salah satu kategori diatas? Kalau ada tu… cepat-cepat lah berubah... Kita amik yang positif. Buang yang negatif. “Kalau tak mampu menyenangkan, jangan jadi yang menyusahkan”.

 

Rilek-rilek jugak… tapi ingat le kita hidup ni bukan sorang-sorang beb. =D