"Orang Malaysia Tak Suka Sarapan" - Paling Ramai Tempah Bilik Hotel 'With No Breakfast'!
GAYA HIDUPSarapan pagi merupakan hidangan yang paling penting sebelum memulakan aktiviti harian, namun ada juga yang menolaknya.
Berdasarkan analisis Agoda mengikut keutamaan untuk 10 buah pasaran Asia yang menyertakan sarapan ketika menempah hotel -- Malaysia merupakan negara paling rendah dengan kadar 23 peratus.
Malah berada di kedudukan kesepuluh selepas Korea Selatan (29%) dan Jepun (27%).
Data Agoda dua bulan kebelakangan ini menunjukkan bahawa pelancong dari negara Taiwan adalah paling cenderung menempah penginapan bersama dengan sarapan pagi.
Hampir separuh (46%) pelancong dari Taiwan memilih untuk memasukkan sarapan pagi bersama tempahan penginapan mereka, diikuti pelancong dari Vietnam (43%) dan India (42%).
Apabila membandingkan perjalanan domestik dengan perjalanan luar negara, Agoda mendapati, pelancong yang melawat ke luar negara lebih cenderung untuk memilih keselesaan dan ketenangan fikiran.
Melalui penelitian data destinasi tertentu, Agoda mendapati bahawa sarapan pagi dipilih dengan lebih kerap untuk perjalanan ke Vietnam, diikuti dengan Taiwan dan Filipina.
Data juga menunjukkan bahawa bufet sarapan pagi kurang dipilih di Jepun, Malaysia dan Singapura -- serta paling kurang popular di Korea Selatan dengan nisbah satu dalam 10 pelancong.
Bagi mereka yang tidak mahu ketinggalan untuk bersarapan pagi, anda boleh gunakan filter ‘Termasuk Sarapan’ di Agoda.com dan dalam aplikasi Agoda, untuk mencari tawaran terbaik dengan lebih cepat.
Ini bukan sahaja memudahkan anda tidur dengan nyenyak, malahan memberi suatu sebab yang terbaik untuk bangun pada awal pagi.
Sumber: Mstar