5 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli Samsung Galaxy Note 8

GAYA HIDUP
August 25, 2017 - 10:00 AM


Samsung Galaxy Note 8 telah pun di lancarkan semalam untuk pasaran umum. Jika sebelum ni pengguna Samsung agak kecewa dengan keluaran Galaxy Note 7, kini Samsung telah menambah baikkan di dqlam Samsung Galaxy Note 8.

Ramai di sini peminat smartphone jenis ni. Berikut antara 5  sebab kenapa anda perlu beli Galaxy Note 8 ini.

1. Sistem Dwi Kamera Dengan Zoom Optikal

Akhirnya Samsung akur dengan keperluan pasaran dan melengkapkan Note 8 dengan sistem dwi-kamera. Mereka mengikut langkah pesaing terhampir mereka iaitu LG dan Apple dengan menggunakan gabungan lensa biasa dan lensa telephoto zoom optikal. Kedua-dua lensa ini dilengkapi sistem OIS bagi memastikan kestabilan gambar yang diambil. Di dalam mod zoom optikal 2X, OIS adalah penting kerana pergerakan yang kecil boleh menghasilkan imej yang kurang tajam dan tidak difokus dengan betul.

Penggunaan dwi-kamera juga membolehkan peranti Samsung mengambil gambar bokeh seperti yang ditemui pada iPhone 7 Plus dan P10. Beberapa gambar yang kami ambil pada waktu malam amat memuaskan. Fungsi Live Focus ini turut membenarkan tahap kekaburan latar belakang dilakukan selepas gambar diambil. Satu-satunya kekurangan ialah mod Selective Focus yang ditemui pada S8 tidak pula disertakan. Kami akan cuba mendapatkan jawapan rasmi dari Samsung mengenai ketiadaan fungsi ini.

 

2. Rekaan Pengimbas Cap Jari Yang Dikemaskini

Kedudukan pengimbas cap jari Galaxy S8 menerima kritikan hebat kerana sukar untuk diakses. Ia tidak di tengah seperti yang ditemui pada peranti pesaing seperti LG G6. Ia percubaan pertama Samsung meletakkan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Ini adalah kerana teknologi pengimbas cap jari terbina pada skrin masih belum cukup matang untuk digunakan tahun ini.

Pada Samsung Galaxy Note 8 rekaan pengimbas cap jari ini dikemaskini untuk menyelesaikan masalah tersentuh lensa kamera. Pertama sekali di antara lensa kamera dan pengimbas cap jari diletakkan pengimbas nadi. Kedudukannya diubah di mana sebelum ini ia terletak pada sebelah kiri lensa. Kini terdapat ruang lebih besar di antara lensa kamera dan pengimbas jari. Kedua alur untuk pengimbas cap jari kini lebih dalam. Tanpa melihat kedudukannya, hujung jari dapat menemui pengimbas dengan lebih tepat.

 

3. Samsung Experience 8.5 Lebih Lancar

Dengan Samsung Experience 8.1 pada S8, Samsung mengikut rekaan yang ditemui pada Android Asal. Talam aplikasi tidak lagi disertakan sebaliknya tatalan dari bawah ke atas akan membukanya. Dari pengalaman penggunaan sejak Mei, kami sedari terdapat sedikit sela masa pada animasi membuka dan menutup talam aplikasi ini. Kemaskini yang diberikan beberapa bulan yang lalu gagal menyelesaikan masalah ini.

Pada Note 8 antaramuka Samsung Experience 8.5 disertakan. Animasi membuka dam menutup aplikasi kini lebih pantas dan lancar. Kami turut menyedari membuka aplikasi turut lebih pantas berbanding sebelumnya. Sebagai pemilik Galaxy S8+, kami tidak sabar untuk menerima kemaskini ke versi terkini ini pada peranti milik kami.

4. RAM Sebesar 6 Gigabyte

Peranti dengan RAM sebesar 6 GB mula muncul tahun lalu. Ia amat popular di China di mana pengguna masih lagi mementingkan spesifikasi atas kertas yang tinggi walaupun ia mungkin tidak digunakan sepenuhnya. Pada Note 8 kami merasakan penggunaan RAM sebesar 6 GB adalah perlu.

Kami katakan begini kerana Note 6 menyokong fungsi Samsung Dexyang merubah peranti menjadi komputer desktop. Dari pengalaman menggunakan S8 dengan Dex, jumlah RAM yang tinggi adalah perlu terutamanya apabila menggunakan aplikasi grafik yang tinggi. Dengan saiz RAM yang lebih besar, kami berharap masalah ketidaklancaran Dex akan menjadi perkara silam.

 

5. Kembalinya Stylus S-Pen

Ketiadaan Note 7 tahun lalu meninggalkan ruang vakum yang besar pada pasaran peranti dengan stylus terbina. Pengeluar lain seperti LG cuba memenuhi permintaan dengan peranti keluaran mereka sendiri tetapi tiada yang dapat menandingi apa yang mampu dilakukan S-Pen pada peranti Note.

S-Pen tidak memerlukan bateri. Ia berfungsi seperti magis. Pengguna tidak perlu mencucuk punggung S-Pen ke port pengecasan apabila kehabisan bateri. Ia mampu mengesan 4096 tahap tekanan. Bagi mereka yang melakar pada skrin, tekanan berbeza menghasilkan garisan yang berlainan ketebalan sama seperti menggunakan pensel sebenar.

Pada waktu yang sama aplikasi melakar Samsung Notes turut dikemaskini. Apabila lakaran menggunakan “pensel” dipilih, bunyi goresan pensel pada permukaan kertas dapat didengari. Apabila“berus” digunakan, bunyi bulu berus menggeser kertas kedengaran. Terasa seperti menggunakan alat lukisan sebenar walaupun karya digital dihasilkan.

Jadi setelah melihat segala point yang di berikan, terpulang kepada anda untuk memilih Samsung Galaxy Note 8 sebagai smartphone terbaru anda.

Sumber amanz.my