6 Tips Mudah Mengemas Rumah Menggunakan Teknik KonMari
GAYA HIDUPMemasuki minggu ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan, pastinya ada yang mula ‘serabut’ dengan keadaan work area, bilik mahupun rumah masing – masing.
Jika anda ikuti siri Netflix; Tidying Up With Marie Kondo, pastinya anda mengenali perunding atau konsultan susunan dan tatarias rumah dari Jepun ini.
Tidak dapat dinafikan, hasil daripada menonton siri berkenaan, ramai yang berjaya mengurangkan lebih dari separuh barangan yang sebenarnya tidak diperlukan menjadikan susunan ruma lebih kemas dan teratur.
Teknik yang dipanggil KonMari ini untuk siapa yang belum tahu menggalakkan kita menyusun atau mula mengemas mengikut kategori, bukannya lokasi. Contoh, kita mulakan dengan baju, kemudian buku, kertas, komono (barang – barang lain) dan akhir sekali barang yang ada nilai sentimental.
Berikut merupakan 6 tips mudah mengemas rumah yang boleh anda cuba mengikut teknik KonMari ini…
#1. Selesaikan Kategori, Bukan Bilik
Kebiasaannya, kita akan mula berkemas mengikut ruang di rumah, contohnya bilik, kemudian ruang tamu dan lain – lain.
Teknik KonMari ini sangat mudah; mulakan dengan kategori barangan yang ada di rumah. Secara tak langsung, anda akan mengemas satu rumah pada satu masa. Contohnya; kategori pertama dimulakan dengan baju. Kenapa mula dengan baju? Sebab ini adalah benda yang paling tidak terikat dengan emosi.
Selepas baju, mula dengan buku, kemudian dapur dan sebagainya.
Caranya mudah, kumpul dan longgokkan baju kepunyaan anda dan ahli keluarga (jika bekeluarga) di satu tempat, dan asingkan baju yang nak dan yang tidak diperlukan. Lipat, simpan.
#2. Pastikan Mengemas Secara Bersungguh, Jangan Sekerat Jalan
Teknik yang diterapkan adalah mudah, bayangkan barangan anda mempunyai perasaan. Apa perasaan baju anda yang dah lama terperap tidak digunakan tersebut? Atau mereka akan lebih suka jika digantung?
Jika anda mulakan dengan baju, pastikan kesemuanya habis, baru berhenti dan mulakan dengan kategori lain. Jika tidak mahu lakukan secara serentak, lakukan secara berperingkat. Minggu ini, selesaikan satu kategori, minggu depan kategori kedua dan sebagainya.
#3. Pastikan Baju / Barang Yang Tidak Mahu Diketepikan atau Dibuang Sebelum Mula Berkemas
Ini merupakan syarat ke-3 disebutkan dalam teknik mengemas KonMari, buangkan segala barang yang anda dah tak perlukan. Simpan di stor dan sebagainya.
Jangan mula mengemas sambil memilih pakaian yang nak dan tidak, percayalah… anda akan lebih banyak menyimpan dari membuang. Sudahnya, hasil mengemas nanti sama sahaja.
#4. Lipat, Jangan Gantung
Selepas selesai memilih pakaian yang anda mahu, baru anda tentukan sama ada ia perlu dilipat atau digantung.
Pakaian yang dilipat mudah untuk disimpan dalam laci dan tidak akan kelihatan, jadi bilik atau ruangan anda akan nampak lebih kemas.
Teknik susunan juga memainkan peranan yang penting, biasanya almari akan nampak lebih kemas apabila ia disusun mengikut panjang kain / baju anda.
#5. Teknik Lipatan
Teknik lipatan dan susunan pakaian sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam penyusunan atau teknik KonMari ini. Ia menyarankan anda menyusun secara menegak dan lakukan lipatan berbentuk segi empat tepat.
Bila lipatan dibuat sebegini, ia seakan – akan origami, baju akan nampak lebih tersusun, mudah dilihat dan kemas.
Jika anda menyusun di dalam laci, kotak kasut boleh digunakan sebagai pemisah. Jika tiada, cari kotak – kotak kecil yang boleh anda susunkan baju dan pakaian anda.
#6. ‘Jatuh Cinta’ Dengan Almari Anda
Apabila semuanya selesai, anda pasti akan menyukai susunan pakaian di almari anda. Jika betul caranya, akan ada banyak ruang – ruang yang boleh digunakan untuk menyimpan benda – benda lain.
Proses mencari pakaian pun akan menjadi lebih mudah selepas ini.
p/s : Anda boleh susun pakaian yang dilipat mengikut warna, atau mengikut jenis. Ini akan lebih mudahkan pemilihan pakaian anda hari – hari.
Nak cuba?Ambil ni sebagai rujukan...