7 Bulan Untuk Hidup, Kisah Ali Banat Terus Menjadi Inspirasi Masyarakat Islam Sedunia

GAYA HIDUP
June 21, 2022 - 05:59 PM


Pernah Dengar Kisah Seorang Jutawan Muda dari Australia Yang Bernama Ali Banat?

Beliau dilahirkan pada 16 FEBRUARI 1982 dan beragama Islam. Beliau telah pulang ke rahmatullah diusia 36 tahun pada 29 MAY 2018.

Ali Banat seorang jutawan hinggakan selipar jamban dia pun berjenama LV hokey! Kaya tak kaya dia ada Porche spider.

Hidup beliau penuh dengan lagha dan pembaziran (read : orang muda yang kaya sampai tak tau nak buat apa dengan duit)

Sehingga satu hari beliau disahkan mempunyai kanser dan doktor menganggarkan beliau hanya punya masa 7 bulan untuk hidup.

Apa yang Menariknya beliau tidak lama bersedihan.

Beliau bangkit dengan menukar kesakitan sebagai satu nikmat dari Allah.

Beliau telah berhusnudzon dan redha dengan ujian dari Allah.

Dari saat itu Ali Banat telah melepaskan semua kemewahan yang dia miliki dan memberikan kepada orang lain.

"Apabila kau sakit segala harta dah tak berguna lagi" ujar Ali.

Kenapa dia menganggap kanser itu hadiah dari Allah?

Kerana dengan sakit itu dia mula mencari Allah. Dia mula mendekati Allah.

Dari sorang yang tidak kenal tuhan, akhirnya beliau menjadi hambaNya yang taat.

Pada video terakhir Ali Banat, beliau menyatakan syukurnya kerana Sekurangnya dia tahu bila pengakhirannya.

Setidaknya dia tidak berakhir ditempat yang jelik. Nauzubillah.

Sakit itu juga membawa dia berkelana hingga ke Afrika.

Dan dia mula menubuhkan sebuah projek yang diberi nama "Muslim Around The World".

Projek ini dibuat bagi membaiki prasarana, membina masjid-masjid dan sekolah di Afrika.

Beliau percaya sedekah akan menyelamatkan jiwa-jiwa yang mati.

๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ป๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐˜€๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐˜‚ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป :

1. โ€œHanya sedekah dan amal soleh yang akan membantu kita di sana.โ€

2.  โ€œJangan takut bersendirian kerana disaat kau bersendirian akan Allah hadirkan sahabat dari pelbagai arah yang tak disangka.โ€

Pada hari pengkebumian arwah, MasyaAllah ramai orang yang tidak dikenali mengiringi jenazah beliau.

Moga Allah menempatkan beliau di syurga.

Semoga kisah Ali Banat menjadi inspirasi untuk kita berjuang tanpa henti demi meraih syurga Allah. Al-Fatihah.

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—•๐—”๐—ก๐—”๐—ง

1. Allah tidak melihat bagaimana kamu bermula tapi Allah mengira bagaimana kamu berakhir

2. Redha dan husnudzon terhadap setiap ujian Allah.

3. Sedekah adalah saham akhirat

4. Ajal itu tak kenal tua atau muda.

Sumber: Ryn Rasidi