7 Perangai Buruk Jangan di Buat Ketika Travel



Adab ketika travel, lagi-lagi bila kita travel di tempat orang. Tolonglah jangan duk buat perangai yang pelik-pelik. Malu kat orang haih. 

Kera Sumbang

Sejenis yang tak menyembang, ambik gambar pon sesorang. Travel group tapi menyendiri. Lebih baik travel sendiri je.

Kaki Hasut / Mak Cik Bawang

Yang ni memang masalah. Kalau dia taksuka, habis semua orang dia ajak tak suka juga.

Berkira

Yang ni pon payah. Nak beli barang semua dia convert harga. Yang sen-sen pon nak berkira. Kalau makan tu taknak share, angkat barang pon barang dia jer dia angkat.

Memilih makan

Dah travel di negeri orang, jangan lah nak memilih makanan sangat. Apa makanan yang ada makan, yang penting perut terisi dan boleh menikmati travel dengan gembira.

 

Tak Punctual

Tak payah lah ikot group. Habis menyusahkan semua orang kalau jenis ni. Silap2 half day rugi masa tunggu kau je.

 

Kuat Merungut

Ahhh! Semua tak kena. Padahal dari awal sampai habis persiapan untuk trip tak join pon! 

Tak join untuk persiapan takpe, tapi jangan merungut!

Pengotor

Kalau dapat sebilik dengan perangai macam ni memang HARU BIRU, pakaian dalam bersepah2, gigi tak nak gosok, stokin merata, baju main sumbat dalam beg.. ewww