4 Instafamous Kaki Travel Yang Korang Boleh Follow Untuk Ambil Inspirasi Bergambar

GAYA HIDUP
March 11, 2021 - 11:01 AM


Perkara yang paling penting buat kebanyakan kaki travel di luar sana ketika travel adalah mengambil gambar. Malaysia mempunyai pelbagai tarikan unik dan scenery yang sangat memukau mata. Jadi memang tidak menghairankan apabila ramai yang seringkali membawa keluar peranti telefon pintar mereka untuk bergambar. Jadi kalau korang perlukan inspirasi dari segi shot dan komposisi gambar, edit, dan warna, korang boleh usha 5 instafamous kaki travel ni.

1) En. Pamey

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by En. Pamey (@en.pamey)

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by En. Pamey (@en.pamey)

Gambar yang diambil oleh En. Pamey memang sangat vibrant dan menarik perhatian. Warna yang digunakan juga sangat unik dan lain daripada yang lain. Kalau bukan gambar makanan, En. Pamey akan membawa korang menjelajahi Malaysia hanya dengan gambar yang diambil, korang akan rasa seolah-olah berada di sana. 

2) Dinnyaiman

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by apple (@apple

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dinie A. (@dinnyaiman)

Komposisi yang sangat cantik dan gambar landskap yang diambil oleh beliau memang sangat memukau. Penggunaan lighting dan warna juga membuatkan gambar yang diambil mendapat perhatian dari pihak Apple sendiri. Memang sangat berbakat. 

3) Mowgli Kovin Siva

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mowgli Kovin Siva (@kovzzz)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mowgli Kovin Siva (@kovzzz)

Kalau korang tak percaya Malaysia ni banyak nature retreat, korang pasti akan terpegun bila melihat Instagram page Mowgli ini. Gambar yang diambil kebanyakannya di lokasi hutan, air terjun, dan sungai membuatkan korang teruja untuk pergi adventure ke lokasi tersebut!

4) HeartPatrick

Gambar yang diambil oleh HeartPatrick kebanyakannya berunsurkan architecture dan street photography. Ditambah pula dengan landskap cantik bandar Kuala Lumpur, gambar yang diambil pasti akan memberi inspirasi kepada korang untuk cuba lebih baik. Beliau juga terkenal dengan gambar jalur gemilang bertebaran di udara. 

Bila tengok gambar-gambar mereka ni mesti korang terfikir, boleh ke nak ambil gambar macam tu? Boleh guys! Belajar dari bawah.

Bila dah ada semangat dan motivasi dari gambar-gambar mereka, korang perlulah meletakkan usaha untuk capai tahap macam tu. Ingat, mereka ni pun bermula dari bawah ya. 

Destination: