14 Tips Berguna Untuk Improve Gambar Semasa Travel

GAYA HIDUP
April 19, 2019 - 03:58 PM


Ramai antara kita suka kumpul cenderamata atau souvenir apabila travel kerana itulah memori yang kita boleh bawak balik sebagai tanda ingatan terhadap satu-satu destinasi yang kita dah sampai. Ada sesetengah, dia lebih suka ‘kumpul’ gambar cantik semasa travel.

Hobi mengumpul gambar masa travel ni bolehlah kita panggil ‘travel photography’ dan ia akan jadi travel jurnal kita.

Setiap destinasi ada keunikan tersendiri, misal contoh keadaan sekeliling, sejarah, budaya, masyarakat dan cerita tersendiri. Untuk memuatkan semua ini dalam gambar setidaknya dapatlah kita simpan sebagai kenangan untuk diceritakan pada kawan-kawan atau keluarga.

Untuk mantapkan ‘skill’ nak tangkap gambar cantik ni, bukan senang. Kena rajin practice dan rajin tengok tutorial dan video di Youtube misalnya.

Untuk peringkat awal, bolehlah ikut 14 Tips Untuk ‘Improve’ Gambar Semasa Travel yang dikongsikan oleh seorang jurugambar yang dah 9 tahun dalam travel photography ni.

 

#1. Bangun Awal, Tidur Lambat

Kebanyakan photographer selalu cakap pasal ni. Bangun awal ni, dia ada kaitan dengan faktor pencahayaan yang dipanggil ‘golden hour’ iaitu sejam selepas matahari terbit dan sejam sebelum matahari terbenam. Cahaya waktu ini paling ideal untuk dapatkan gambar yang sempurna.

Sejam selepas matahari terbit adalah ideal sebab suhu masih ‘warm’ ia menaikkan tona gambar, ditambah pulak dengan cahaya pagi, gambar memang cantik hasilnya nanti.

Sejam selepas matahari terbenam pun cantik jugak dimana langit masih biru tapi cahaya lampu belum terbukak. Disebabkan yang kongsi ni mat salleh, jadi diorang cerita pasal keadaan di negara diorang lah, korang dekat Malaysia, boleh sesuaikan ikut keadaan.

 

#2. ‘Riki’ Lokasi Terbaik

Banyakkan membaca berkenaan destinasi, daripada situ akan dapat ilham macam mana nak dapatkan gambar terbaik. Tanya kengkawan kalau ada yang pernah sampai, mungkin diorang ada trick tersendiri.

Sumber rujukan utama boleh juga di Instagram ataupun Google Image, setidaknya dapat idea nak ambil angle macam mana dan sebagainya.

 

#3. Bercakap Dengan Orang

Ramai antara yang minat bergambar ni terlupa satu etika iaitu mendapat keizinan. Iye, walaupun nak ambil gambar orang menjual ditepi jalan, dapatkan keizinan empunya badan dahulu. Mungkin ada yang jenis tidak suka gambar mereka diambil atau lebih teruk, ada yang marah.

Tips yang diberikan adalah jangan berat mulut untuk berborak, daripada situ korang mintak lah kebenaran nak snap gambar diorang.

 

#4. Rule Of Thirds

‘Peraturan’ basic dalam fotografi dan tips pertama yang mana-mana jurugambar akan bagi adalah memahami ‘rule of third’ untuk dapatkan gambar yang lebih ummph!

Rule of third sekarang ni dah mudah, korang tengok je dekat phone korang yang ada line melintang dan menegak tu, kalau tak ada, cari di setting, cari grid, dan enablekan. Akan keluar garisan pada skrin.

Tips dia adalah objek utama gambar tu korang letakkan dalam salah satu sekyen dalam garisan tu, kalau boleh dapatkan antara persilangan salah satu garisan. Kedua, pastikan garisan langit adalah lurus semasa gambar diambil. Kalau senget, boleh jejaskan gambar.

 

#5. Gunakan Tripod Khas Untuk Travel

Untuk tips tripod ni, digalakkan cari yang ringan dan saiz tidak terlalu besar. Itulah yang dimaksudkan dengan tripod travel.

Selain korang mudah nak bergerak, bila travel solo, siapa lagi nak tolong tangkapkan gambar melainkan korang letak atas tripod.

Selain nak snap gambar sendiri, bila ada tripod, korang boleh cuba macam-macam lagi teknik contoh shutter speed yang lama untuk gambar light motion atau pergerakan bintang misalnya.

 

#6. Jadikan Fotografi Keutamaan

Biasanya masa travel, kita akan terkejar sebab nak pergi banyak tempat dalam masa sehari. Bila dah terkejar, kita akan ambil gambar ‘asal ada’.

Sepatutnya, untuk dapatkan gambar yang berkualiti dan cantik, korang plan atau masukkan ‘sesi fotografi’ dalam iteneri korang. Kalau waktu biasa ambil masa dalam 20 minit, korang lajakkan 30 minit, cuma lagi 10 minit tu fokus untuk tangkap gambar sahaja.

Kalau masa FAMtrip atau korang ada jadual, cuba cari masa paling sesuai untuk tangkap gambar. Tapi jangan sampai orang lain kena tunggu awak sorang nak dapatkan gambar cantik.

 

#7. Elemen Manusia

Gambar pemandangan yang ada sekurang-kurangnya seorang atau diri korang sendiri adalah lebih menonjol. Orang akan suka nak tengok atau mungkin bayangkan diprang ada di tempat korang tu. Setidaknya diorang boleh wujudkan ‘emosi’ dalam gambar tersebut.

Syaratnya, jangan nampakkan muka masa shoot seseorang, maknanya sisi tepi ke, belakang ke dan sebagainya. Asalkan tak nampak muka.

Selain diorang boleh berangan-angan, bila ada ‘orang’ dalam gambar tu, kitab oleh menggambarkan betapa besar atau tinggi sesuatu tempat atau bangunan.

Sebabtu kita perasan gambar orang ‘kecil’ dalam kebanyakan foto akan lebih naik daripada saiz biasa. Main dengan perspektif.

 

#8. Sabar

Nak dapatkan satu-satu gambar yang cantik dan berkualiti, kita jangan hanya tengok dengan mata kasar, cuba letakkan perasaan dan fikiran kita sekali. Maknanya, bukan setakat tempat itu cantik dimata, tapi boleh mencairkan hati yang tengok.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 A post shared by Aryl (@aryl_je) on

Perhatikan setiap inci detail yang ada. Awan kat mana, cantik atau tidak dalam gambar dan sebagainya. Duduk di satu sudut dalam 5 hingga 10 minit sebelum dapatkan gambar yang korang inginkan.

 

#9. Gunakan Mode Manual

Kebiasaannya, kita nak cepat, kita akan gunakan sahaja mode ‘auto’ yang ada pada kamera atau smartphone. Cuba eksperimen sikit, gunakan mode manual yang mana korang boleh tukar pelbagai setting macam contoh kelajuan shutter, ISO dan lain-lain.

Cuma ini kena pemahaman yang tinggi pasal kamera lah, lagi-lagi dSLR.

 

#10. Sentiasa Bawa Camera

Kita tak akan tahu atau boleh agak bila atau dimana potensi gambar cantik tu berada, jadi kena bawa selalu camera kalau travel.

Beza fotografer professional dan amatur adalah yang pro ni biasanya dia akan ‘plan’ untuk dapatkan shot-shot menarik ni. Kadang-kadang mungkin ada peluang tersebut masa tengah sarapan, tapi sayang, camera tertinggal di bilik pulak.

 

#11. Sesat Dengan Sengaja

Korang dah puas pusing tempat popular untuk bergambar, sekarang ni cuba korang berjalan dan sesatkan diri untuk explore tempat tersebut. Mana tahu, ada peluang untuk dapatkan shot-shot menarik bila korang tersesat tu.

Kalau nak gambar lain daripada orang lain, kena rajin sikitlah kan. Cuma pastikan korang ingat atau dapatkan alamat hotel korang, supaya kalau betul-betul sesat, korang tahu kemana nak dituju.

 

#12. Backup Gambar

Selain kamera, korang pastikan korang sentiasa backup gambar tak kiralah secara online atau bukan. Sebagai contoh lepas seharian berjalan, luangkan masa sekejap untuk upload ke drive atau cloud sebelum tidur.

Selain tu, masukkan dalam laptop dan kalau ada hard disc, savekan disitu jugak. Lagi-lagi kalau gambar tersebut adalah projek penting korang.

 

#13. Edit Gambar

Ada yang kata bila kita edit ni ibarat kita menipu, tapi jujurlah, semua jurugambar professional diluar sana akan edit gambar mereka menggunakan perisian macam Lightroom, Photoshop dan lain-lain lagi.

Belajar macam mana nak edit gambar atau proses gambar sebelum muat naik ke Instagram dan sebagainya adalah lebih penting dari jenis kamera yang korang gunakan.

 

#14. Jangan Obses Dengan Peralatan

Jangan dimomokkan dengan “kamera mahal, gambar mesti cantik”, ini mengarut. Kalau kamera mahal tapi gambar gegar, lighting tak cantik, gambar out-focus pun tak guna jugak.

Sebenarnya apa yang penting dekat sini adalah pengetahuan, skill dan kreativiti seseorang jurugambar tu sendiri. Macam korang, korang bac ani kira menambah pengetahuan lah. Nak tambah skill, kena berlatih, nak tingkatkan kreativiti, rajin-rajin tengok gambar cantik dekat pinterest dan sebagainya.

Nota Editor : Kalau travel, selalu bawa compact camera je, senang nak masuk poket, sentiasa bawak poerbank kalau keluar, sebab kadang-kadang tak perasan battery habis dan ada backup extra memory card untuk perjalanan seharian. 

25 Travel Instagram Dari Malaysia Yang Berbaloi Untuk Di Follow. Gambar Superb!! 

Kaki Travel Sila Baca 13 Panduan Ambil Gambar Cantik Ketika Travel