76, 400 Remaja Bakal Terima Vaksin Di Sarawak Bermula Esok

GAYA HIDUP
September 08, 2021 - 12:27 PM


Khabar gembira buat para remaja di Sarawak kerana seramai 76, 400 dari mereka akan mula menerima  vaksin COVID-19 dan turut menjadikan mereka sebagai kumpulan pertama remaja di negara yang divaksinasi.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, kumpulan pertama ini terdiri daripada mereka yang berumur 16-17 tahun serta remaja yang berumur 12- 15 tahun yang menghidap penyakit berisiko tinggi terutama yang berkait dengan sistem imun badan.

Khairy Jamaluddin turut menegaskan selepas pemberian vaksin terhadap kumpulan pertama ini selesai, mereka yang berumur 14 dan 15 tahun dan disusuli mereka yang berumur 12 dan 13 tahun secara  berperingkat. Keputusan ini bersandarkan dasar yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID 19 iaitu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang telah mendapat kelulusan penggunaan vaksin Pfizer terhadap remaja.

Beliau turut menjelaskan setelah selesai vaksinasi kepada golongan remaja di Sarawak, negeri yang sudah mencapai vaksinasi lengkap 80% golongan dewasa seperti Kuala Lumpur dan Selangor bakal meyusul. Nampak gayanya adik adik kita sudah boleh membuat persediaan untuk kembali ke sekolah dan ibu bapa tidak perlu risau akan keselamatan anak anak mereka setelah divaksin.