8 Langkah Untuk Lindungi Anak Anda Dari Strok Haba
GAYA HIDUPMesti ramai ibubapa yang susah hati. Cuaca di negara ketika ini agak panas. Seorang doktor perubatan yang popular di media sosial, Dr Ahmad Samhan Awang berkongsi lapan langkah 8 langkah untuk lindungi anak-anak dari strok haba
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), negara kini mengalami cuaca panas berpanjangan sehingga Ogos ini, susulan peralihan monsun. Peralihan monsun menyebabkan negara mengalami cuaca paling kering dengan suhu maksimum melebihi 35 darjah Celsius.
Seorang doktor perubatan yang popular di media sosial, Dr Ahmad Samhan Awang berkongsi lapan langkah yang boleh mengelakkan kanak-kanak daripada terkena strok haba.
Negeri yang paling terkesan akibat cuaca panas ini adalah bahagian utara dan Pantai Timur Semenanjung.
Semalam, kita dikejutkan dengan dua berita di mana dua kanak-kanak terkorban akibat strok haba. Kedua-dua kes tersebut berlaku di Kelantan.
Budak lelaki 11 tahun, Muhamad Syamil Aqil meninggal dunia disyaki akibat strok haba dan dehidrasi.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) April 27, 2023
"Semua isi di dalam, jantung dan buah pinggang sudah hangus. Begitu juga air dan darah dalam tubuh sudah kering' -Ibu
Foto : Ihsan keluargahttps://t.co/zNlPNc7acX pic.twitter.com/YBDxJc7Vg8
Menerusi perkongsian di laman Twitter, beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Dr Samhan menegaskan,
- Ibu bapa perlu memastikan kediaman mempunyai aliran udara yang baik bagi mengelakkan anak tersedut karbon dioksida terlalu banyak.
- Pasangkan kipas angin kerana ia mampu menurunkan risiko kematian bayi atau kanak-kanak secara mengejut sebanyak 72 peratus mengikut kajian.
- Laraskan suhu penyaman udara kepada 24 dariah Celsius kerana ia mampu mengoptimumkan suhu badan kanak-kanak berusia dua tahun ke atas.
- Jangan sesekali memakaikan anak dengan pakaian terlalu tebal atau ketat.
- Berikan anak minum air putih dengan kerap walaupun dia tidak mengadu dahaga
- Sediakan mereka dengan makanan yang banyak air atau sup.
- Ibu bapa tidak membiarkan anak mereka tidur menggunakan selimut.
- Sekiranya anak anda mengadu kepanasan, segera bantu mereka turunkan suhu dengan mengelap muka dan badan menggunakan kain yang basah.