9 Menu Asal McDonald's Yang Masih Ada Hingga Hari Ini.

GAYA HIDUP
September 12, 2017 - 11:01 AM


McDonald’s atau McD adalah rangkaian fast food terbesar dan paling popular di Malaysia. Lihat saja mana – mana cawangan McD di seluruh Malaysia, tidak pernah kosong. Kecuali, lepas waktu dia tutup lah kan…

McDonald’s boleh dikatakan wujud sejak tahun 1940, diasaskan oleh dua orang adik beradik Richard dan Maurice McDonald selepas memindahkan kedai milik bapa mereka yang asalnya menjual hotdog dan menamakan restoran mereka sebagai McDonald’s – Bar - B - Que.  Pada waktu itu, kedai mereka mempunyai 25 menu berasaskan barbeque.

Namun begitu, mereka mengambil masa selama 8 tahun dan menyedari bahawa menu utama yang memberikan keuntungan pada mereka adalah hamburger. Jadi mereka menutup operasi dan melakukan perubahan pada menu dan dibuka semula pada Disember 1948.

Awalnya, McDonald’s hanya ada 9 item pada menu mereka. Sebabnya, bila menu sikit, pelanggan tidak akan ada banyak pilihan. Dan proses penyediaan makanan menjadi sangat pantas. Disinilah wujudnya perkataan ‘fast food’.

Cuba kita lihat menu pada waktu itu, dan harganya….

Hanya 15sen, lebih kurang 60sen duit kita pada waktu itu untuk dapatkan sebiji hamburger.

Item itu masih boleh dipesan hari ini sebagai contoh fries, dan burger. Cuma nama dia dah lain lah…

 

Kini, McDonald’s ada lebih kurang 36,000 cawangan seluruh dunia.

Oh, kalau dekat Malaysia… cawangan McDonald’s yang pertama ialah di persimpangan antara Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang dan dibuka secara rasmi pada tahun 1982!

Restoran ini masih beroperasi ye, cuma sekarang ni dia dah dipindahkan sikit lokasinya… tetapi masih dikawasan sama.