9 'Tricks' Ini Sering Dilakukan Oleh Kebanyakan Restoran 'Fast Food' Tetapi Ramai Yang Tak Tahu

GAYA HIDUP
October 10, 2017 - 10:52 AM


Boleh dikatakan ramai yang suka sangat makan fast food, mana taknya set kombo yang harga murah, rasa pun enak dan mengenyangkan. Tapi sebenarnya ada 'rahsia' disebalik kelazatan, harga yang murah dan 'kekenyangan' yang korang nikmati itu.

 

Betul ke kenyang? Korang rasa puas tak lepas makan? Pasti korang terkejut dan mengiyakan dengan apa yang dirasai sebelum ini ketika memakan makanan fast food tersebut, lebih mengejutkan apabila rahsia sudah mula didedahkan dengan 'tricks' yang dilakukan oleh peniaga-peniaga fastfood ini.

 

 

1. Semua Menu Yang Ada Rasanya Lebih Kurang Sama Sahaja

 

Mereka tahu citarasa orang ramai, itu sebablah kalau korang order burger daging, burger keju rasanya sama sahaja walaupun menu yang lain. Sama sahaja macam ayam goreng, burger ayam dan lain-lain. Tapi korang tetap rasa puas lepas makan!

 

 

2. Burger Dimasak Dengan Cara Segera

 

Untuk pengetahuan korang, jenama fast food yang tersohor di dunia tu, mengambil masa 30 saat je untuk masak. Itu sebablah mereka boleh siapkan dalam masa yang singkat sejurus sahaja korang menempah menu tersebut. Ini kerana daging burger itu sudah di masak awal-awal dan dibekukan. Nama pun fast food, come on! Beza dengan kedai burger ditepi jalan yang ambil masa, tapi kita dapat lihat makanan yang dimasak itu memang segar kan?

 

 

3. Memang Semua Makanan Di Restoran Fast Food Dibuat Untuk Dihabiskan Dengan Pantas

 

Korang akan kurang lebih kurang 12 kali, mungkin korang tak sedar tapi itulah hakikatnya, kesannya korang akan rasa tak puas dan akan terus makan lagi dan lagi. itu sebablah cepat habis kan?

 

 

4. Logo & Papan Tanda Segaja Direka Untuk Menambahkan Lagi Rasa 'Tempted' Perasan Tak?

 

Kajian sendiri membuktikan bahawa warna merah, putih, kuning mampu menarik perhatian umum, itu sebab lah kita dapat lihat banyak restoran fast food menggunakan warna ini. Bayangkan korang lalu didepan kedai mereka sambil terbau masakan mereka. Mesti mengundang kan?

 

 

5. "Tak Nak Order Set Besar Ke Cuma Tambah Blah..Blah..Blah"

 

Nama pun orang nak berniaga mestilah nak untungkan? Familiar tak dengan ayat pujukan pekerja fast food ini. Kajian menunjukkan 85% orang tempah makanan lebih daripada apa yang mereka nak sebenarnya selepas mendengar pujukkan staff. Huh! Set besar hakikatnya......

 

 

6. Isipadu Air Tu Sama Je

 

Kalau korang ada masa, cuba ukur sebenarnya kalau korang order saiz medium dengan large sama sahaja isi padu airnya. Ada sesetengah cawangan akan tanya saiz yang korang nak, tapi ada sesetangah cawangan pula kalau korang tak beritahu awal-awal secara automatik mereka akan berikan saiz large.

 

 

7. Dusta Semata-Mata Gambar Dengan Realiti

 

Ok, kalau yang ini mungkin kita semua tahu, dalam gambar menyelerakan tapi bila order "indah khabar dari rupa sahaja" Nampaks erabut, saiz kecil dan macam-macam lagilah! Yang penting dapat makan.

 

 

8. Air Karbonat Di Campur Dengan Air Biasa

 

Perasan tak korang minum air karbonat di restoran fast food, perut korang macam kembung semacam? Rasanya tak sama macam kita beli dat kedai, sebenarnya mereka dah campurkan dengan air biasa untuk membuatkan kita rasa segar apabila meminumnya, dan menambahkan lagi kekenyangan selepas makan. Kalau tak percaya lihat gambar diatas dan perhatikan waktu staff mereka isi air msa korang makan nanti.

 

 

9. Kalau Tapau Memang Tak Sedap!

 

Perasan tak kalau kroang bungkus atau order delivery, rasanya tidak sesedap macam korang makan di restoran? Untuk pengetahuan korang, makanan fast food akan berkekalan dalam masa yang singkat. Contohnya, kentang goreng hanya 5 minit, kalau akan jadi layu dan lembik dan burger 20 minit, kalau lambat rasa memang tak sedap!